Sukan Hari Ini

LTdL 2019: Misi Besar Penganjur Perkenal Malaysia Dimata Dunia

Kesuntukan masa bukan masalah terbesar buat penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019.

Menjadikan Malaysia dikenali di mata dunia, LTdL 2019 mempunyai misi untuk menarik, bukan sahaja peminat sukan berbasikal malahan pelabur dalam pelbagai industri.

Pengarah Teknikal LTdL 2019, Geoff Kronenburg menganggap misi terbesar penganjuran kali adalah untuk memastikan setiap laluan pelumba bakal memberi impak sama ada dalam aspek pelancongan sukan mahupun pelaburan.

“LTdL adalah siri jelajah berbasikal bertaraf antarabangsa dimana ia bakal melibatkan pelumba dari pelbagai negara, sebab itu kita meletakkan misi selain dapat bersukan, kita juga perlu memperkenalkan Malaysia di mata dunia.

“Setiap apa yang team kami rancang, akan sentiasa memastikan ada sesuatu yang boleh ditunjukkan atau dibanggakan.

Selain untuk mengembalikan kegemilangan LTdL bukan sahaja dari sudut persaingan perlumbaan, menurut beliau, setiap laluan yang dipilih mempunyai nilai-nilai tertentu untuk ditonjolkan di mata dunia.

“Disebabkan ia adalah siri jelajah antarabangsa maka sudah tentu mendapat liputan dan siaran media di pelbagai negara dan perkara itu kita perlu ambil kesempatan.

“Kita mahu, penonton luar negara selain dapat menonton perlumbaan ini mereka juga dapat mengenali siapa kita,” katanya kepada Peraktoday hari ini.

Malah menurut Geoff, pemilihan pasukan-pasukan untuk menyertai LTdL 2019 juga antara perkara yang dititikberatkan.

“Kita tak boleh saja-saja pilih pelumba, segalanya perlu dilakukan dengan teliti dan paling penting memberi impak positif sama ada kepada LTdL sendiri mahu pun Malaysia.

“Banyak aspek yang kita lihat sebelum pilih pelumba, antaranya sokongan peminat pasukan itu sendiri. Bukan itu sahaja, kita juga melihat aspek sosioekonomi negara yang ingin bertanding, sebab kita mahu pelabur dari negara tersebut melabur di negara kita.

“Perlu kita ingat, sukan bukan sahaja menyatukan rakyat malah melalui sukan juga, kita boleh menarik pelabur,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, 22 pasukan dari 20 negara bakal berentap dalam siri jelajah LTdL 2019 kali ini dimana setiap pelumba bakal melalui 8 Stage laluan.

Penganjur LTdL turut mengumumkan siaran langsung perlumbaan selama 90 minit yang bakal ditayangkan di Malaysia dan Eropah serta sedutan harian selama 30 minit sepanjang tempoh lapan hari acara LTdL.

Secara keseluruhannya, LTdL melihat kepada rangkaian liputan ke 100 buah negara dengan 310 juta penonton melalui televisyen dan 70 juta penonton melalui Cycling.TV dari seluruh dunia.

Bagi menambah kemeriahan dan menggalakkan semua lapisan masyarakat keluar memberi sokongan kepada acara ini, beberapa aktiviti sampingan akan turut dilaksanakan di lokasi akhir pada setiap peringkat perlumbaan nanti.

Peringkat 1: Kuala Lumpur – Tampin (176.9km)

Peringkat 2: Senawang -Melaka (200.6km)

Peringkat 3: Muar- Putrajaya (192.9km)

Peringkat 4: Shah Alam -Genting Highlands (114.2km)

Peringkat 5: Tanjung Malim-Taiping (200.1km)

Peringkat 6: Bagan- Alor Setar (130.8km)

Peringkat 7: Pantai Cenang- Pantai Cenang (106.8km)

Peringkat 8: Dataran Lang- Kuah, Langkawi Loop (103.8km)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");