Perak Hari Ini

Mana Ada BN Pujuk Saya- Datuk Zainol

IPOH- Penasihat Khas Menteri Besar Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin menepis tuduhan dimana beliau dikatakan telah dipujuk oleh pihak pembangkang.

Adun Sungai Manik itu berkata, isu yang telah tular tidak menjejaskan dirinya malahan secara peribadi beliau tidak berhadapan sebarang tekanan.

“Saya langsung tidak ada kaitan dengan apa yang telah diviralkan, malahan yang terbaru saya dikatakan mengadap Tuanku.

“Pada saya, semua yang ditularkan adalah tidak benar kerana saya melihat pentadbiran hari ini berjalan seperti biasa dan kesemua exco menjalankan tugas masing-masing walaupun Menteri Besar berada di luar negara serta tidak timbul sebarang isu yang saya akan berpindah semula.

“Saya tidak pasti dari mana isu ini timbul, malahan tidak ada pemimpin BN yang berjumpa saya tetapi jika perkara sebegitu berlaku, perkara tersebut adalah atas urusan rakyat di kawasan masing-masing kerana tidak ada sebarang perbincangan untuk memujuk ataupun mengajak malahan saya berada di pejabat hampir setiap hari,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Selain itu katanya, beliau telah menyertai PPBM sejak dari tahun 2018 lagi sebagai tanda sokongan kepada MB Perak.

Tambah beliau lagi, isu tersebut kian dimainkan kerana bakal berlangsungnya sidang dewan malahan isu terbabit berterusan sejak PH memerintah yang bertujuan untuk menarik perhatian rakyat khususnya.

“Mungkin juga disebabkan oleh keputusan pilihan raya kecil (PRK) di Cameron Highland dan Semenyih yang memperlihatkan kemenangan BN, namun begitu kita mengambil hal ini sebagai sesuatu yang positif dan mengambil iktibar dari apa yang berlaku.

“Begitu juga kerajaan negeri sendiri yang mana saya melihat barisan kepimpinan MB serta Ecxo melaksanakan tugas dengan sehabis baik untuk memenuhi aspirasi dan janji-janji pilihan raya,” katanya.

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri masih lagi dalam proses melakukan pelbagai perbincangan mengenai bajet yang telah dibentangkan dimana masih lagi dalam peringkat proses perlaksanaan.

“Sejak berada dalam pentadbiran ini, saya melihat berlakunya perkembangan yang amat positif walaupun pelbagai isu dibahaskan dan tiada sebarang masalah yang timbul.

“Malahan jika terdapat isu berkaitan dengan harapan rakyat dibahaskan, hal demikian berlaku disebabkan keadaan ekonomi dan keadaan pentadbiran di peringkat nasional kerana di peringkat negeri tidak semua keputusan boleh dibuat,” katanya.

Tambah Zainol lagi, dalam tempoh pertandbiran kerajaan baru ini hampir setiap hari pelbagai isu akan dibincangkan dan setiap minggu para Exco akan berbincang di peringkat negeri.

“Kerajaan negeri juga berharapkan agar bajet 2019 dapat dilangsungkan malahan hampir 80 peratus perkembangan berjalan.

Dalam pada itu katanya, dalam kalangan rakan-rakan politik juga semuanya perkara berjalan seperti biasa.

”Nasihat saya jika terdapat sebarang berita yang tidak sahih lebih baik berjumpa saya atau para exco untuk mendapatkan maklumat yang benar kerana hal ini mungkin tempias yang terkena pada saya akibat wujudnya gagasan gabungan UMNO dan Pas,” katanya.

Ulas beliau lagi, hentikanlah desakan untuk menjalankan pilihanraya negeri semula kerana hal ini tidak mendatangkan sebarang manfaat tetapi cuba berikanlah masa kepada kerajaan hari ini untuk melaksanakan sebarang perancangan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");