Perak Hari Ini

MAPEX 2019: Waktu Terbaik Bagi Pelaburan Rumah

IPOH- Expo Hartanah Malaysia (MAPEX) bakal diadakan pada 19 hingga 21 April di pusat membeli-belah Ipoh Parade.

Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Perak, Tony Khoo berkata, expo berkenaan merupakan peluang terbaik kepada pembeli yang menginginkan rumah.

“Melalui expo ini, pembeli juga akan didedahkan dengan cara untuk membeli rumah dengan cara yang betul dan cara untuk mengemukakan pinjaman kepada pihak bank dengan cara yang mudah.

“Setiap pembeli yang berkeinginan untuk memiliki rumah juga perlu mengikut syarat meletakkan penama individu dan bukan atas nama syarikat.

“Peluang ini terbuka kepada semua masyarakat dan penawaran akan berterusan dari Januari sehingga Jun 2019,” katanya.

Tambah beliau, ekpo terbabit  akan menarik semua lapisan masyarakat kerana acara yang dirancang akan menjadi agenda yang mesra keluarga dan turut terdapat gabungan pameran dari industri perbankan dan industri yang berkaitan.

“Pembeli digalakkan untuk memanfaatkan peluang ini kerana expo pada tahun ini berbeza dan lebih menarik dari tahun-tahun yang lalu,” katanya.

Acara tersebut dijangkakan akan dilancarkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru, Paul Yong Choo Kiong.

Sementara itu, MAPEX yang diadakan sepanjang tiga hari adalah bersempena dengan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) merupakan inisiatif yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semasa pembentangan Bajet 2019 pada November lalu dimana pembeli rumah Malaysia akan dikecualikan daripada duti setem untuk membeli unit kediaman yang dibuat antara Januari hingga Jun 2019

Kata Tony Khoo lagi, acara tersebut akan menampilkan 53 pemaju yang akan  menawarkan harga bagisetiap  kediaman dianggarkan sebanyak RM300,000 hingga mencecah RM1,000,000 bagi setiap satu unit malahan,  dikecualikan daripada sebarang duti setem.

“Namun begitu, tawaran tersebut hanya untuk pemaju yang mengambil bahagian dalam HOC dan yang menjadi ahli REHDA serta mendapatkan sijil yang sah.

“Hartanah yang dibeli semasa kempen ini juga, pemaju boleh menawarkan diskaun minimum sebanyak 10 diskaun atau lebih daripada 30 peratus jika mereka mahu,” katanya.

Dalam pada itu tambah penganjurnya, pelbagai persembahan menarik yang akan dijalankan sepanjang tiga hari bersempena dengan expo tersebut.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");