Membawang Hari Ini

Mark Adam Tumpang Kasih Anak Orang

KUALA LUMPUR: Reda belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata, Mark Adam menjadikan sekumpulan kanak-kanak yang mengikuti kelas vokal anjurannya, seperti anak sendiri.

Mark memberitahu, dia dan isteri, Nor Azad Redzuan menumpang manja dengan sekumpulan anak-anak berusia lima hingga 12 tahun yang disifatkan pelengkap hidup mereka.

“Kami percaya ada hikmah mengapa belum dikurniakan zuriat.

“Saya dan isteri berpeluang ‘menjaga’ anak orang lain iaitu kanak-kanak yang mengikuti kelas vokal kami. Biarpun mereka bukan darah daging sendiri, kanak-kanak itu melengkapi hidup kami.

“Mereka sangat ‘manis’… Tidak cukup itu, anak-anak Siti Sarah dan Shuib juga akrab dengan saya dan isteri,” katanya kepada BH Online.

Mark berkata, selepas 16 tahun berkahwin namun belum dikurniakan zuriat, dia dan isteri tidak pernah berhenti berusaha termasuk berdoa di hadapan Kaabah ketika menunaikan umrah, akhir tahun lalu.

“Namun, hal zuriat ini bukanlah tekanan buat kami… Kami berserah menunggu rezeki.

“Benar, ketika mula-mula berkahwin, saya dan isteri ada membangkitkan, kenapa selepas beberapa tahun bernikah, kami belum menimang cahaya mata.

“Namun, penantian kami bersulam kesabaran. Kami faham, soal anak bukan ada ketentuan sendiri dan percaya ada hikmah di sebalik semua ini,” katanya.

Mark berkata, dia dan isteri pernah terdetik mengambil anak angkat.

“Namun, selepas berfikir panjang, saya dan isteri melihat kesan jangka panjang.

“Biarpun kita menandatangani kontrak secara sah, ibu kandung anak terbabit tidak dapat dipisahkan. Mungkin ini isyarat untuk kami terus berusaha mendapatkan zuriat,” katanya.

Mark berkata, dia percaya, waktu dinanti-nantikan untuk dirinya bergelar bapa, akan tiba.

“Saya akur ini semua urusan Tuhan,” kata penyanyi lagu Amnesia itu.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");