Berita Hari Ini

Maut Digilis Ketika Kutip Barang Jatuh

NILAI: Pekerja kilang maut digilis beberapa kenderaan ketika mengutip barang yang jatuh di Jalan Eka Matahari-Bandar Enstek, Nilai semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, kejadian 6.45 petang itu menyebabkan mangsa Mohd Isa Tilka, 22, maut di lokasi.

Katanya, Mohd Isa yang menunggang motosikal jenis Modenas berseorangan diekori dua rakan sekerja, Awang Sah Awang, 22, dan Farhan Kaderi, 20, yang turut menaiki motosikal jenis sama.

“Siasatan mendapati dua motosikal ini terbabit kemalangan awal sesama mereka ketika sedang membuat pusingan U untuk memasuki sebuah kilang.

“Akibatnya, ketiga-tiga mereka berasal dari Sabah mengalami luka kecil di tangan,” katanya.

Mohd Nor berkata, ketika itu beberapa barang peribadi milik Mohd Isa terjatuh dan dia mengutipnya.

“Tiba-tiba sebuah kenderaan tidak diketahui merempuh Mohd Isa menyebabkannya tercampak di jalan raya.

“Dia kemudian digilis oleh beberapa kenderaan lain menyebabkannya maut serta merta.

“Kejadian menyayat hati ini turut disaksikan dua rakan mangsa sebelum panggilan dibuat terhadap polis,” katanya.

Beliau berkata, sepasukan anggotanya bergegas ke tempat kejadian lalu membawa mangsa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban.

Katanya, pihaknya sedang mengesan kenderaan yang merempuh mangsa dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memetik HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");