Jenayah

Mayat Kanak-kanak Hilang Ditemui Di Gunung Raya

LANGKAWI – Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang ketika dalam jagaan sepasang suami isteri sejak hujung bulan lalu ditemui mati di satu kawasan hutan di Gunung Raya di sini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim tengah hari tadi, sebagaimana dilaporkan Kosmo Online.

Malam tadi media melaporkan pasangan suami isteri yang diburu polis bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak perempuan terbabit berjaya ditahan di sebuah inap desa di Ampang, Kuala Lumpur petang semalam.

Pasangan itu ditahan kira-kira pukul 4 petang semalam hasil risikan dan maklumat orang awam.

Penganggur, Ramlan Abdul Rashid, 37, dan isterinya, Wan Roslina Wan Jusoh, 40, yang bekerja sebagai jururawat di wad kanak-kanak Hospital Langkawi dicari selepas polis menerima laporan dibuat oleh seorang wanita Indonesia berhubung kehilangan anaknya, Nur Aisyah Aleya Abdullah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");