Perak Hari Ini

MB Harap PSAS Dapat Rancakkan Lagi Usaha Promosi Perak Ke Antarabangsa

IPOH: Kerajaan Perak berharap agar Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) yang akan berlangsung pada 23 hingga 30 Mac ini bakal merancakkan lagi usaha mempromosikan negeri di segenap pelosok dunia.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, acara yang memasuki edisi ke-28 itu merupakan antara acara berprestij dalam arena sukan hoki yang amat dinanti-nantikan semua negara.

Katanya lagi beliau berharap agar acara tersebut juga dapat lebih memperkenalkan lagi sukan hoki khususnya kepada golongan muda.

“Kita harap acara ini akan memperkenalkan lagi sukan hoki kepada anak muda dan pelajar sekolah dan dari segi pasukan, saya harap Malaysia dapat menjuarai kejohanan selain memberikan persembahan terbaik,” katanya.

Dalam pada itu ujarnya Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan untuk berangkat ke acara penutup PSAS.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kejohanan PSAS bagi Edisi ke-28, di Hotel Impiana di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How

Temasya tahunan sukan hoki tersebut menyaksikan persaingan enam pasukan.

Selain tuan rumah Malaysia, pasukan tangga ke-21 dunia Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Poland antara yang menghangatkan penyertaan.

Kehadiran Poland adalah bagi menggantikan Afrika Selatan (16) yang menarik diri gara-gara masalah kewangan.

Kejohanan hoki itu juga turut disertai India (5), Kanada (10), Korea Selatan (17) dan Jepun (18).

Sementara itu, Pengerusi Kejohanan, Datuk Rahim Ariff berkata pihak penganjur sedang berunding dengan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) dalam usaha menarik lebih ramai penyertaan oleh pasukan tangga ke-10 teratas dunia bagi edisi akan datang.

Untuk rekod, pasukan negara muncul naib juara sebanyak lima kali pada tahun 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");