Perak Hari Ini

MB Perak Hadir Majlis Tahlil, Bacaan Yasin Buat Arwah Bapa

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu malam tadi hadir ke majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat buat arwah bapanya, Allahyarham Datuk Azumu Tak di Masjid Jamek Al-amin Tambun, dekat sini.

Ia turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Zainal Azman Abu Seman; Pengerusi ahli jawatankuasa masjid, Datuk Rozi Puteh Ismail serta sekitar 200 orang jemaah.

Majlis dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah dan dikuti dengan majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat.

Selesai majlis, Ahmad Faizal kemudiannya diminta untuk menyampaikan ucapan kepada para jemaah.

Katanya, beliau berasa terharu dengan sambutan kesemua kariah masjid yang hadir bagi mendoakan kesejahteraan roh arwah bapanya.

Ujarnya Masjid Jamek Al-amin Tambun sangat dengan diri arwah bapanya serta beliau secara peribadi.

“Benar, ayah saya kerap ke masjid ini. Namun, dihujung-hujung hayatnya, beliau banyak menghabiskan masa menjalani rawatan.

“Beberapa bulan sebelum beliau pergi, saya sempat bersama ayah saya di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, saya dapat menjaga ayah saya,” katanya sebelum terhenti seketika menahan sebak.

Kemudian tambahnya, beliau berjanji akan meneruskan legasi dan jasa arwah bapanya kepada masjid berkenaan pada masa hadapan.

Selain mengimbau kenangan sewaktu kecil, Ahmad Faizal juga menzahirkan rasa gembira beliau tatkala berpeluang berjumpa dengan rakan-rakan arwah bapanya dalam majlis tersebut.

Usai solat Isyak secara berjemaah, Menteri Besar dan kesemua jemaah menghadiri majlis jamuan makan malam di perkarangan masjid.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");