Perak Hari Ini

MBI, Media Perak Julung Kali Adakan Program CSR di Langkawi

LANGKAWI: Atas dasar sikap peduli yang tidak mengenal batas sempadan negeri, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak telah berkunjung ke Rumah Anak-Anak Yatim Nur Kasih di Ulu Melaka di sini, pada Sabtu lalu.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu juga bersempena program lawatan bagi merapatkan lagi hubungan antara pihak berkuasa tempatan itu dengan wakil media.

Pegawai Perhubungan Awam MBI, Mohd Syahrizal Azmi, berkata program seumpama itu adalah yang pertama kali dianjurkan bersama kedua-dua pihak yang diadakan luar daripada Ipoh.

“Secara kebetulan kita mengadakan program ‘retreat’ di sini, jadi kita tidak lupa anak-anak yatim di sini dan Insyallah kita akan teruskan program seumpama ini,” katanya kepada media pada majlis tersebut.

Dalam majlis sama, pihak penganjur turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai, makanan dan payung kepada anak-anak yatim di Rumah Nur Kasih.

Selain MBI dan Kelab Media, sumbangan turut diterima daripada Pejabat Menteri Besar Perak, Hotel Syeun Ipoh, Tourism Perak dan Hotel Nadias Langkawi.

Presiden Kelab Media, Rosli Mansor berkata, pihaknya akan terus mengadakan program CSR tersebut dari semasa ke semasa sebagai tanda prihatin pihak media kepada golongan yang memerlukan.

“Kami berharap sumbangan ini dapat serba sedikit membantu Rumah Nur Kasih dan anak-anak di sini.

“Kami ucapkan terima kasih kepada pihak MBI, khususnya Setiausaha Bandaraya, Encik Mohd Zakuan Zakaria kerana sudi menganjurkan program ini bersama-sama kami,” ujarnya.

Sementara itu, penyelia, Norimah Md Shariff melahirkan rasa terharu tatkala menerima kedatangan rombongan daripada Perak itu.

“Kedatangan rombongan seumpama ini serba sedikit dapat menghiburkan dan menggembirakan anak-anak yatim di sini,” katanya.

Sehingga kini, Rumah Nur Kasih yang dibuka pada 2010 telah menempatkan 64 kanak-kanak lelaki berumur antara 7 – 9 tahun yang terdiri daripada golongan anak-anak yatim, anak asnaf zakat, mualaf serta ibu bapa yang telah bercerai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");