Panasnya Hari Ini

MCA Kekal Bersama BN

KUALA LUMPUR: MCA memutuskan untuk terus kekal bersama Barisan Nasional (BN) bagi memperkukuhkan lagi kerjasama antara pelbagai kaum.

Jawatankuasa Pusat MCA, dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat bagi memastikan tidak berlaku kecondongan politik berteraskan perkauman.

“Ketika ini terdapat dua pilihan, sama ada MCA meninggalkan gabungan BN dan membiarkan politik perkauman yang ketara diamalkan di negara ini. Kedua, kekal bersama BN dan mengukuhkan kerjasama antara pelbagai kaum.

“Jawatankuasa Pusat MCA memilih untuk kekal dalam BN, MCA mahu memastikan tidak berlakunya kecondongan politik berteraskan perkauman antara Melayu dengan bukan Melayu. Soal kepelbagaian tidak boleh diketepikan dalam landskap politik,” kata kenyataan itu, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Menurut kenyataan itu, kerjasama UMNO-PAS adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, namun parti komponen yang berhasrat menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak seharusnya mengambil kira prinsip konsensus dan kepelbagaian dalam BN.

Biarpun perbezaan ideologi politik antara PAS, MCA dan MIC adalah perkara yang tidak dapat dinafikan, BN perlu menghadapi situasi berkenaan dan memastikan semangat dalam gabungan itu kekal terpelihara.

“UMNO, MCA dan MIC perlu mengekalkan semangat konsensus yang terikat sekian lama sebagaimana termaktub dalam perlembagaan manakala permuafakatan sebagai gabungan pembangkang harus diperhebatkan, seterusnya dapat memainkan peranan semak dan imbang kepada kerajaan khususnya soal kebajikan dan ekonomi rakyat,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan MCA dan MIC dalam satu kenyataan bersama memaklumkan mereka tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dari BN bagi meneroka pakatan politik baharu yang lebih mencerminkan maksud sebenar perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan parti berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");