Panasnya Hari Ini

MCA, MIC Kekal Bersama BN

KUALA LUMPUR – MCA dan MIC kekal bersama Barisan Nasional (BN) ekoran tiada sebarang konsensus dicapai mengenai pembubaran BN semasa mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang berlangsung hari ini.

Memetik laporan Utusan Online, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, menerusi mesyuarat tersebut MCA ada membawakan resolusi mengenai pembubaran BN namun tiada konsensus dicapai mengenai perkara berkenaan.

Namun begitu jelasnya, BN telah mengambil berat tentang satu lagi resolusi yang dibawa oleh MCA iaitu untuk sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi menstruktur semula gerak kerja BN bagi berhadapan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15.

“Saya memang tahu ia (pembubaran) tidak akan tercapai kerana saya sendiri tidak bersetuju malah UMNO memang tidak mahu melihat BN dibubarkan.

“MCA punya resolusi adalah untuk membubar dan menyelaras semula BN, kita tiada konsensus mengenai pembubaran tetapi kita bersetuju untuk menyelaras semula BN mengikut kehendak semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Mesyuarat yang berlangsung lebih dua jam itu turut dihadiri oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri S. A Vigneswaran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");