Panasnya Hari Ini

MCA Tubuh ‘Kabinet Bayangan’, Pantau Pentadbiran

KUALA LUMPUR: MCA menubuhkan ‘kabinet bayangan’ bagi memantau pentadbiran dan prestasi sembilan kementerian di negara ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata, jawatankuasa pemantau terbabit dibahagi kepada kumpulan pemantau hal ehwal dalam negeri serta pertahanan; pembangunan ekonomi; kemudahan asas dan pembangunan, kerajaan tempatan (pembangunan bandar dan luar bandar); pendidikan; kesihatan dan alam sekitar; telekomunikasi dan multimedia; wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat serta keharmonian antara etnik, belia dan sukan.

Memetik laporan Harian Metri, Kata Ka Siong, kumpulan itu terdiri daripada pemimpin muda, pakar berpengalaman dalam pelbagai bidang dan dibimbing oleh ahli senior dalam parti terbabit.

“Prinsip kami jika apa yang dilakukan kerajaan itu betul, kita akan sokong sebaliknya jika ada yang silap, kita akan beri hujahan dengan fakta secara profesional.

“Ia ada keperluan asas untuk menjadi sebuah parti pembangkang yang bertanggungjawab selain memperkukuhkan lagi peranan semak dan seimbang,” katanya pada sidang media sempena sambutan ulangtahun ke-70 MCA di ibu negara, hari ini.

Turut hadir, Timbalannya, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Setiausaha Agung, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Pada sidang media yang sama, Ka Siong turut menafikan bahawa MCA akan membuat pengumuman penting berhubung kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional (BN), hari ini.

Ia ekoran penyebaran mesej pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kononnya MCA akan mengumumkan untuk keluar dari BN.

Jelas Ka Siong, beliau baru sahaja balik dari China dan teks ucapan untuk majlis sambutan itu pun hanya disiapkan kira-kira 1 pagi tadi.

“Jadi, bagaimana pihak terbabit boleh mengetahui apa yang saya ingin sampaikan? Ini kerja orang yang tidak bertanggungjawab.

“Pendirian kami (MCA) sama seperti apa yang saya sampaikan pada majlis sambutan tadi,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis berkenaan, Ka Siong berkata, pemimpin tertinggi MCA dan MIC akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bagi membincangkan kerjasama masa depan antara dua parti itu.

Ia rentetan resolusi perhimpunan agung MCA pada 2 Disember lalu yang menggesa BN dibubarkan bagi menubuhkan pakatan baharu.

Kata Ka Siong, MCA sudahpun menghantar surat meminta Majlis Tertinggi BN mengadakan mesyuarat secepat mungkin bagi membolehkan agenda itu dibincangkan.

“Kami harap Majlis Tertinggi BN dapat mengadakan mesyuarat dengan segera.

“Apa juga hasilnya kelak, MCA percaya masa depan pakatan ini perlu ditentukan oleh tiga komponen utama partinya memandangkan penubuhannya juga oleh ketiga-tiga parti itu.

“MCA mencari persetujuan konsensus di antara tiga parti ini dan bekerja sama untuk masa depan rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");