Panasnya Hari Ini

Kenyataan ‘Tegur’ Nurul Izzah Palsu: Sekretariat PH

SHAH ALAM – Sekretariat PH hari ini menafikan mengeluarkan kenyataan media yang ‘menegur’ Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kenyataan tersebut adalah tidak sahih.

“Berkaitan kenyataan Sekretariat PH yang dikongsikan hari ini, saya ingin memaklumkan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak sahih. Buat masa ini, tiada sebarang kenyataan yang telah dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Hari ini, pihak media menerima salinan kenyataan bersama yang didakwa dikeluarkan Sekretariat PH menggunakan nama Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah; Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya; Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.

Kenyataan palsu itu menyebut bahawa Sekretariat PH mengambil maklum wawancara Nurul Izzah bersama sebuah akhbar luar negara.

Ia turut menyatakan PH sentiasa mengalu-alukan cadangan dan kritikan namun haruslah konstruktif dan mengangkat semangat perpaduan PH.

Sebelum ini, Nurul Izzah dalam wawancara dengan sebuah akhbar luar negara menyifatkan kerajaan PH mengambil langkah perlahan dalam pentadbiran negara.

Selain itu, Nurul Izzah berkata, beliau kecewa dengan obsesi kerajaan PH terhadap skandal 1MDB dan tidak memberi fokus terhadap isu sebenar.

Katanya, isu 1MDB hanya boleh digunakan buat sementara kerana selepas isu tersebut orang ramai mahukan keselesaan dan penambahbaikan dalam kehidupan seharian mereka lapor SHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");