Perak Hari Ini

Minum Air Dari Mesin Jual Air Tanpa Lesen, Adakah Masyarakat Sedar?

IPOH- Sejauh manakah tahap atau kualiti kebersihan Mesin Jual Air (MJA) di premis-premis yang dilihat semakin berkembang dan mendapat tarikan daripada masyarakat untuk meminum air tersebut.

Bahagian Keselamatan dan Kuantiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak hari ini telah mengadakan operasi penguatkuasaan MJA (OPS Lesen MJA) bagi memeriksa MJA yang terdapat di premis dobi pakaian di Taman Bercham, Ipoh.

Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr Ding Lay Ming

Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr Ding Lay Ming berkata, pada tahun 2014, kementerian kesihatan telah mengeluarkan peraturan bagi pengusaha yang ingin menjual air melalui MJA haruslah mempunyai lesen yang sah.

“Tujuan perlesenan ini diperuntukan dibawah Peraturan 360C, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dimana air daripada MJA perlu melalui tiga proses iaitu proses penurasan; osmosis songsang, penyulingan, pengionan atau proses yang setara dan penyahjangkitan.

“Pihak kementerian ingin memastikan bahawa air yang dibeli oleh pengguna, selamat dan bersih dari segala agen-agen penyakit,” katanya dalam satu sidang media pagi tadi.

Selain itu katanya, pengguna juga perlu memainkan peranan penting apabila ingin mengambil air di MJA iaitu memastikan terlebih dahulu mesin yang mereka gunakan mempunyai lesen yang disahkan oleh pihak kementerian.

“Kita sebagai pengguna perlu memahami peraturan ini, jadilah pengguna yang bijak mengenai air yang dibeli itu terutamanya dari MJA yang berlesen atau sebaliknya,” katanya.

Tambah beliau, setakat ini sebanyak 61 buah MJA sahaja mempunyai lesen yang sah berbanding daripada bilangan keseluruhan iaitu sebanyak 800 buah MJA yang beroperasi di seluruh negeri ini.

“Lesen hanya akan diberikan kepada pihak yang membuat permohonan dan setakat ini sebanyak 119 permohonan yang masih belum diluluskan dan dalam proses pemberian lesen.

“Kakitangan kementerian akan memastikan MJA tersebut mengikut standard yang telah ditetapkan barulah lesen akan luluskan dan apabila lesen diterima, pemeriksaaan dan penyelenggaraan turut dilakukan oleh pihak kementerian terhadap MJA,” katanya.

Dalam pada itu, Ops Lesen MJA dilakukan sepanjang tahun 2019 adalah untuk memastikan semua pengendali atau pemilik MJA mempunyai lesen mengendalikan mesin terbabit dan mematuhi undang-undang terhadap keselamatan makanan.

Pengusaha MJA akan diberi peringatan dahulu jika mereka gagal membuat permohonan lesen di Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran dan akan menerima kompoun dalam tempoh yang ditetapkan dalam notis kesalahan Seksyen 32B Akta Makanan 1983 iaitu selama dua minggu bermula dari hari ini.

Namun, kes akan dirujuk ke mahkamah dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM10,00 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");