Membawang Hari Ini

Najib Sokong Perbicaraan Disiar Secara Langsung

Bekas perdana menteri Najib Razak menyuarakan sokongannya agar perbicaraannya disiarkan secara langsung

Beliau berkata ia akan membantu perbicaraan dijalankan dengan telus dan mematuhi kedaulatan undang-undang.

Saya akan menyokong siaran langsung… Rakyat mempunyai hak untuk tahu kebenaran,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam hantaran itu, Najib turut melampirkan laporan portal Free Malaysia Today berkenaan persetujuannya itu lapor MKini.

Kes pengubahan wang haram SRC International Sdn Bhd terhadap Najib dijadual bermula Rabu ini (3 April) selepas Mahkamah persekutuan mengenepikan arahan penangguhan oleh Mahkamah Rayuan sebelum itu.

Susulan itu, petisyen agar perbicaraan kes itu disiar secara langsung di Change.orgkembali mendapat perhatian apabila mengumpul lebih 30,000 tanda tangan.

Bagaimanapun Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo pada Nov lalu pernah menolak cadangan itu dan berkata ia tidak akan disiarkan secara langsung di RTM dan saluran Bernama.

Najib berdepan sepuluh pertuduhan pengubahan wang haram, salah guna kuasa dan pecah amanah berkaitan dana SRC International berjumlah RM42 bilion.

Selain itu, perbicaraan kes 1MDB Najib juga dijadual bermula pertengahan April walaupun pihak pendakwa dilaporkan memohon agar ia ditangguh bagi memberi laluan kepada perbicaraan kes SRC International.

 

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155979843860952

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");