Membawang Hari Ini

Nama The Music Terbuka Terima kritikan

Kumpulan vokal wanita Nama The Music yang mewakili Malaysia dalam program Asia’s Got Talent musim ketiga bersikap terbuka menerima segala kritikan terhadap mereka di media sosial.

Nur Fazrina yang mewakili tiga lagi ahli kumpulannya iaitu Noor Syamimi, Norfazira dan Nur Farahida berkata, mereka sebaliknya menjadikan komen itu sebagai panduan untuk memperbaiki diri termasuklah aspek penampilan.

“Kami baca komen warganet, ada yang betul dan ada mereka tak tahu situasi sebenar. Orang boleh bercakap apa saja namun kami ambil secara positif dan insya-Allah akan perbaiki mana yang patut.

“Daripada aspek penampilan, kami ambil serius terutama komen yang mengatakan pakaian seperti pakaian zumba.

“Sebelum naik pentas, kami rasa penampilan itu sudah cukup cantik tapi bila tengok balik video itu, Allahuakbar,” katanya sewaktu ditemui Harian Metro.

Kumpulan itu bagaimanapun sangat terharu apabila penyertaan mereka dalam program berprestij itu mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia.

Nur Fazrina berkata, sebaik episod uji bakat mereka ditayangkan, jumlah pengikut di Instagram naik mendadak daripada lebih 6,000 mulanya dan kini sudah mencecah lebih 30,000.

“Berdasarkan komen mereka, kami sedar rakyat Malaysia rupanya ambil berat terhadap penyertaan ini. Ia sekali gus membuatkan kami lebih bersemangat untuk pergi jauh dalam pertandingan ini.

“Jujur ada tekanan juga apalagi kami membawa nama negara. Namun kami berazam untuk berusaha mendapatkan tempat hingga ke peringkat akhir memandangkan belum pernah ada wakil Malaysia capai ke tahap itu,” katanya.

Terdahulu, kumpulan itu mendapat perhatian selepas memberikan persembahan mengagumkan menerusi lagu Bad Romance (Lady Gaga) dalam episod uji bakat program terbabit.

Meskipun tidak berjaya meyakinkan jurinya David Foster, namun kumpulan itu berjaya mara ke pusingan seterusnya apabila dua juri lain, Anggun dan Jay Park melayakkan mereka ke suku akhir.

Asia’s Got Talent yang memburu bakat dari 17 negara seluruh Asia itu mula bersiaran pada 7 Februari, setiap Khamis, jam 8.30 malam menerusi saluran AXN Asia (Astro 701/721) dan dihoskan Alan Wong serta Justin Bratton memetik laporan HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");