Berita Hari Ini

Negara Islam Terlalu Bergantung Kepada Negara Maju

Negara Islam terlalu bergantung kepada negara maju (di barat) menyebabkan mereka tidak berani membantah sebarang tindakan tidak betul oleh negara barat, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, kerana itu, mereka terpaksa akur dengan apa juga yang dilakukan oleh negara barat.

“Negara Islam terlalu bergantung kepada negara maju untuk segala-galanya. Kebolehan mereka amat terhad.

“Oleh kerana negara barat membuat sokongan kuat kepada Israel, maka ini menyebabkan negara Islam takut kalau mereka kecam Israel, negara barat akan ambil tindakan ke atas mereka,” katanya pada sidang media di akhir lawatan tiga hari beliau ke Pakistan hari ini.

Pada Jumaat, Perdana Menteri Pakistan Imran Khan semasa sidang akhbar bersama Dr Mahathir berkata beliau dan Pakistan menyanjungi Dr Mahathir kerana mengambil pendirian dalam isu yang menyentuh umat Islam di seluruh dunia, sedangkan agak malang, hanya segelintir pemimpin Islam berbuat demikian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");