Panasnya Hari Ini

Nurul Izzah Pertahan Kenyataan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mempertahankan kenyataan beliau sebelum ini yang melabelkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai bekas diktator.

Memetik laporan BH Online, pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini, Nurul Izzah berkata, beliau sendiri hairan mengapa ia menjadi isu ketika ini sedangkan perkara itu pernah diungkapnya sebelum Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan lagi.

“Ia adalah berfakta daripada rekod saya, saya pernah sebut (bekas diktator) sebelum PRU-14 (Pilihan Raya Umum), dalam demonstrasi Bersih 3.0 dan 4.0.

“Saya tidak faham kenapa apabila saya mengulanginya dalam forum lain, dengan mesej yang sama ia menimbulkan masalah seperti ini,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Minggu lalu, Nurul Izzah ketika diwawancara akhbar Singapura, The Straits Times menyifatkan Dr Mahathir sebagai bekas diktator dan mengakui sukar bekerja dengannya.

Menyentuh kritikan terhadap kerajaan yang beliau sifatkan gagal menunaikan janji manifesto, Nurul Izzah berkata, menjadi tanggungjawabnya untuk bersuara.

“Saya hanya kritik, perkembangan lembap Pakatan Harapan dalam usaha mengotakan janji pilihan raya, adakah tidak boleh untuk beri sedikit kritikan yang membina.

“Kita sayang negara kita, kena ada ruang bercakaplah,” katanya sambil menyatakan PH perlu menonjolkan keupayaannya sebagai kerajaan kepada rakyat.

Menyentuh tindakannya meletak jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Nurul

Izzah mengulanginya ia bukan disebabkan tidak bersetuju dengan individu tertentu dalam PAC.

Sebaliknya, kata beliau, ia berkait struktur PAC itu sendiri yang mana ketika ini dipengerusikan oleh wakil dari parti kerajaan, dan timbalannya juga Ahli Parlimen kerajaan.

“Saya hormat (Datuk Seri) Ronald (Kiandee). Tapi ini bukan soal personaliti, tapi struktur PAC itu. Kalau kita serius dengan reformasi institusi, kita kena ikut pelan (janji manifesto) itu dengan jelas,” katanya.

PH dalam manifestonya mahu Pengerusi PAC diisi oleh Ahli Parlimen pembangkang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");