Perak Hari Ini

Operasi Cari Peserta Larian Hilang Bukan Dihentikan Serta Merta

IPOH- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) peserta yang hilang semasa larian Gopeng Ultra Trail (GUT) bukanlah dihentikan secara serta merta.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid sebaliknya berkata, operasi berkenan ditukar kepada skala yang lebih kecil selepas merujuk perkara itu daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Tetapi, dalam masa yang sama, orang kampung serta polis tempatan di kawasan tersebut akan terus menjalankan operasi mencari mangsa dalam skala yang kecil dan operasi tersebut bukannya dihentikan serta-merta.

“Namun begitu, jika terdapat sebarang maklumat yang diterima, SAR akan dimulakan semula bagi mencari mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 12 Persatuan Veteran VAT 69 Komando Ulu Kinta di sini hari ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Persatuan Veteran VAT 69 Komando, Datuk Abdul Rashid Harun.

Selain itu katanya, operasi SAR yang dijalankan selama tujuh hari itu melibatkan kawasan seluas 10 kilometer persegi meliputi kawasan lembah.

“Kawasan tersebut juga tidak menunjukkan sebarang kebarangkalian bahawa peserta tersebut boleh jatuh kerana trek yang digunakan selamat untuk dilalui ditambah.

“Bilangan peserta adalah seramai orang 483 dan kehilangan yang dicatatkan hanyalah seorang sahaja menyukarkan lagi carian.

“Melalui opearsi SAR ini, apa yang dikhuatiri adalah tiada jalan lain yang dapat dilakukan kerana pihak penyelamat telah sedaya upaya mencari mangsa,” katanya.

Tambah beliau, pihak mereka juga tidak mensyaki ada sebarang unsur ‘main kasar’ semasa perlawanan kerana sukan tersebut telah dianjurkan sebanyak tiga kali dan tiada sebarang kemalangan seperti ini dilaporkan.

Pada 24 Mac yang lalu, operasi mencari Mohammad Ashraf Hassan telah dimulakan melibatkan anggota penyelamat dan orang kampung yang mencecah bilangan 800 orang.

Pada Sabtu lalu, Mohammad Ashraf Hassan, 29, dipercayai hilang ketika mengambil bahagian di dalam Gopeng Ultra Trail sejauh 25km yang bermula dan berakhir di Gua Tempurung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");