Perak Hari Ini

“Pada Asal Untuk Perak, Akhirnya Seluruh Malaysia Tahu Kempen Jimatkan Air”

IPOH: Penggunaan ejaan singkatkan pada kain rentang dan gegantung sempena dengan kempen menjimatkan air oleh Lembaga Air Perak (LAP) mengundang pelbagai reaksi masyarakat khususnya di media sosial.

Rata-rata mereka yang bersetuju dengan tindakan tersebut berpendapat ia sebenarnya adalah sebahagian daripada langkah dan taktik kreatif dalam mengetengahkan mesej yang tertera.

Salah seorang pengguna akaun Facebook ‘Ammar Zhafri’ berkata, di sebalik kritikan pada kain rentang tersebut ia secara tidak langsung telah membantu menyebarkan kempen LAP itu kepada orang ramai.

“Misi utama untuk ‘hook’ atau menarik perhatian umum. Tak sangka sampai seluruh Malaysia ‘ter-hook’ dengan kempen ini.

“Pereka memang hebat. Pada asal mahu berkempen di Perak akhirnya, seluruh Malaysia tahu dan sedar akan akan kempen jimatkan air ini. Hebat,” tulisnya.

Tambahnya lagi, daya kreatif LAP itu hampir sama sebagaimana kempen unik jenama susu pekat, Dairy Champ yang menggunakan wajah Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Hasmizah Othman atau Datuk Vida, serta penyanyi Alleycats, Datuk David Arumugam pada beberapa tahun lalu.

“Kempen-kempen seperti ini memang dibuat begitu dengan tujuan supaya mesejnya ‘tertanam’ dalam fikirkan sesiapa sahaja yang melihatnya,” katanya.

Selain daripada itu, kempen tersebut turut mendapat perhatian pelawak tanah air, Dr Jason Leong.

Menerusi akaun Twitter beliau berkata tindakan menggunakan singkatan ejaan itu telah berjaya mencuri perhatian umum dan secara tidak langsung telah memberikan promosi yang baik.

“Sesiapa yang menyumbangkan idea pada tulisan tersebut patut diberikan ganjaran. Ia ringkas, berkesan dan berjaya mendapat perhatian orang ramai dengan baik,” katanya.

Pelawak dari Singapura, Fakkah Fuzz juga menerusi akaun Twitter miliknya menulis perkataan “Smart” pada berita berkenaan isu yang sama, semalam.

Terdahulu, Pengurus Besar LAP, Datuk Mohd Yusof Mohd Isa berkata singkatan ejaan yang digunakan ialah merupakan langkah gimik semata-mata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");