Berita Hari Ini

Peguam Sahkan Cek RM1.4j Sudah Jelas

Peguam Americk Sidhu mengesahkan nombor akaun yang digunakan pada cek RM1.4 juta yang diterima anak guamnya, editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.

Americk tampil membuat pengesahan itu selepas Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hasan mendakwa nombor akaun pada cek bayaran itu sebagai palsu.

“Saya boleh sahkan cek ini sudah diluluskan ke dalam akuan Maybank anak guam saya, yang bermakna cek ini asli atau bank yang luluskan itu buat kesilapan besar,” katanya kepada Malaysiakini.

Americk yang merupakan penama dalam cek berkenaan menambah bahawa cek berkenaan ditulis di hadapannya, namun enggan mendedahkan pemegang akaun penulis cek itu.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");