Berita Hari Ini

Pejabat MB: Kenyataan Tular ‘Tutup Pintu’ Tidak Tepat

Pejabat Menteri Besar Johor menafikan petikan tajuk berita yang tular di media sosial mengatakan menteri besar mengeluarkan kenyataan agar penduduk di Pasir Gudang “tidak perlu berpindah kerana rumah boleh ditutup pintu” akibat pencemaran bahan toksik di daerah itu.

“Ingin ditegaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak tepat dan tidak mengambarkan keseluruhan penjelasan mengenai situasi semasa dan keperluan memindahkan penduduk.

“Paparan mengenai laporan kenyataan tersebut, secara jelas dan sememangnya tidak masuk akal.

“Malah penularan paparan ini ternyata berniat jahat, tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memburukkan nama YAB menteri besar serta memberi gambaran yang salah mengenai kedudukan situasi ini,” jelas kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, penilaian yang dibuat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mendapati kawasan sekolah dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi setelah mengambil kira struktur bangunannya yang terbuka.

Manakala orang awam yang tinggal di kawasan perumahan yang lebih tertutup dan terlindung pula paling kurang terdedah kepada risiko pencemaran.

“Rupa bentuk struktur bangunan antara kegunaan awam seperti sekolah (tinggi dan terbuka) dengan rupa bentuk premis peribadi seperti rumah menjadi faktor penting bagaimana kawalan boleh dilakukan daripada merebaknya pencemaran.

“Justeru berdasarkan laporan serta nasihat daripada agensi yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini, satu tindakan proaktif telah diambil serta pemantauan secara rapi, maka Jawatankuasa Bencana Negeri mendapati tiada keperluan untuk memindahkan penduduk memandangkan keadaan adalah terkawal,” jelas kenyataan tersebut.

Bagaimanapun kenyataan itu menambah langkah-langkah pencegahan dan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa hendaklah dipatuhi oleh orang ramai.

Setakat ini jumlah mangsa terjejas akibat insiden pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang direkodkan seramai 1,906 orang dengan 276 kes dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI).-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");