Perak Hari Ini

Pekerja Binaan Terkorban Di Tapak Pembinaan

IPOH- Seorang pekerja binaan warga Bangladesh berumur lingkungan 30-an telah terkorban dalam satu kemalangan yang berlaku di sebuah tapak pembinaan di Klebang petang semalam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja (JKKP), Ir Zamzurin Maarof berkata, punca kematian disebabkan mangsa terjatuh dari tempat tinggi.

Ir Zamzurin Maarof

“Ketika kejadian tersebut, mangsa sedang membuka acuan untuk tangki kumbahan najis yang kedalamannya berukuran kira-kira enam meter.

“Mangsa meninggal dunia serta merta selepas terjatuh dari perancah yang digunakan untuk berdiri dan maklumat mendapati perancah tersebut tidak stabil,” katanya dalam satu sidang media sebentar tadi.

Selain itu katanya, pihak JKKP akan membuat siasatan lanjut dan jika didapati terdapat pelanggaran dari segi peruntukan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan atau Akta Perkilangan dan Jentera, syarikat tersebut berhadapan dengan tindakan daripada mahkamah.

“Siasatan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar berlakunya kemalangan, tapi siasatan awal mendapati mangsa jatuh dari tempat tinggi.

Zamzurin berkata, terdahulu, tapak tersebut telah dilawati oleh pihak JKKP papa 17 Januari dan sebanyak 52 notis telah dikeluarkan iaitu sebanyak 32 notis larangan dan 13 notis pembaikan.

“Kesemua notis ini masih belum dibatalkan sehingga hari ini dan malangnya telah berlaku satu kemalangan yang melibatkan kematian,”katanya.

Tambah beliau, keadaan tapak binaan tersebut dari segi pemansangan perancah dan sebagainya adalah tidak memuaskan.

“Operasi pembinaan akan diberhentikan berkuatkuasa hari ini sehingga kita mendapat penjelasan lanjut dari pihak kontraktor utama dan buat masa ini pihak kami akan berada di tapak pembinaan,”katanya.

Pembinaan tersebut telah beroperasi pada Januari 2018 yang terdiri daripada 11 buah blok pangsapuri dan kemalangan tersebut merupakan kemalangan pertama yang dilaporkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");