Berita Hari Ini

Pembinaan Pan Borneo Akan Siap Ikut Jadual – Baru

MIRI- Pembinaan baki sepuluh pakej projek Pan Borneo di Sarawak kini sudah mencapai kemajuan kerja fizikal sebanyak 36 peratus.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, beliau berpuas hati dengan tahap kemajuan itu dan yakin tidak menghadapi masalah untuk disiapkan mengikut jadual pada Jun 2021.

Beliau berkata, projek membabitkan jarak 780 kilometer dari Telok Melano ke Miri kini berjalan lancar seperti yang diharapkan rakyat Sarawak.

“Pakej projek Pan Borneo dari Telok Melano -Sematan sudah siap dan dilancarkan Januari lalu, manakala baki 10 pakej dari Sematan ke Miri mencapai kemajuan fizikal memberangsangkan,” katanya di sini, hari ini.

Baru berkata, di utara Sarawak pembinaan Pan Borneo dari persimpangan Bakun ke Sungai Tangap di Bintulu sejauh 77 kilometer sudah berada pada tahap kerja fizikalnya memuaskan.

Katanya, situasi sama juga bagi pembinaan Pan Borneo dari Sungai Tangap ke Pujut Link.

Mengenai insiden mendapan jalan di laluan Pan Borneo, beliau berkata, ia sering terjadi ketika musim hujan dalam tempoh lama sehingga mengakibatkan struktur jalan raya mudah runtuh.

Justeru, katanya, bagi mengelakkan insiden sama berulang Kementerian mengarahkan pihak berkaitan supaya membuat penilaian risiko dan melaksanakan rancangan pencegahan di lokasi berisiko lapor HMetro.

“Kementerian dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Sarawak, juruperunding dan jurutera akan melaksanakan pemantauan berkala untuk memastikan kerja pembinaan Pan Borneo mematuhi spesifikasi dan aspek keselamatan yang ditetapkan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");