Berita Hari Ini

Pemohon Bantuan JKM Tak Perlu Sokongan Wakil Rakyat

KUALA LUMPUR: Pemohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak perlu mendapatkan sokongan wakil rakyat seperti sebelum ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh.

Beliau berkata ini berikutan rintihan dan aduan pemohon yang memberitahu proses mendapatkan sokongan itu menyukarkan urusan permohonan bantuan.

“Sekarang pemohon tidak perlu cari ahli Parlimen atau Adun untuk menyokong permohonan mereka. Kita terima aduan ada wakil rakyat yang tidak mahu menandatangani borang permohonan sekiranya pemohon bukan ‘penyokong’ mereka.

“Jadi semua ruangan sebegini telah dikeluarkan daripada borang permohonan supaya proses lebih senang,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Borang permohonan bantuan JKM turut dikurangkan daripada 9 kepada 3 muka surat sahaja bagi menyenangkan pemohon selain mengurangkan kerenah birokrasi.

Yeoh berkata tempoh kelulusan untuk kes nyata juga dikurangkan kepada seminggu berbanding 2 bulan sebelum ini.

Dalam pada itu, Yeoh berkata permohonan bantuan juga boleh dilakukan dalam talian iaitu melalui http://spbk.jkm.gov.my dengan memuat naik dokumen berkaitan dan seterusnya menyemak status permohonan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");