Perak Hari Ini

Penambahbaikan DPNP Dilancar Bagi Mengekang Manipulasi Pemaju Rumah

TANJUNG MALIM- Kerajaan negeri telah melancarkan Penambahbaikan Dasar Perumahan Negeri Perak (DPNP) 2019 yang berkuatkuasa pada 1 April bagi mengekang manipulasi pemaju.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata sistem pemantauan ini adalah bagi memastikan syarat-syarat jualan kuota Bumiputera dan rumah kos rendah dipatuhi bagi mengelakkan berlakunya manipulasi dalam kalangan segelintir pemaju.

“Dasar baharu ini juga menetapkan supaya pemaju didenda atau dikenakan levi dua kali ganda sekiranya menjual lot bumiputera tanpa kelulusan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) atau pihak berkuasa negeri.

“Dengan kaedah ini bukan sahaja dapat membantu bumiputera tetapi levi tersebut akan digunakan untuk membantu golongan berpendapatan rendah,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa melancarkan Projek Perumahan Mampu Milik di Taman Malim Putra, Tanjung Malim, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Amazing Approach Development, yang juga Ketua Polis Negara keenam, Tan Sri Norian Mai.

Tambah Ahmad Faizal lagi, kerajaan negeri memutuskan untuk mengambil tindakan berani dengan membenarkan pemaju memohon pelepasan kuota Bumiputera selepas hartanah itu gagal dijual dalam tempoh enam bulan, berbanding tempoh dua tahun sebelum ini.

”Penalti yang dibayar oleh pemaju akan disalurkan kepada LPHP untuk dijadikan dana membina Rumah PerakKu yang mensasarkan membantu lebih ramai golongan B40 membeli rumah.

“Para pemaju juga dibenarkan untuk menghubungi pihak kerajaan negeri bagi mendapatkan pelepasan terus, namun pelepasan ini tetap bergantung kepada lokasi,” katanya.

Dalam pada itu katanya, setakat ini sebanyak 30,000 unit rumah telah siap dibina dengan bantuan para pemaju swasta dan sasaran 50,000 unit itu akan dapat dicapai sehingga penghujung tahun ini.

“Kerajaan negeri begitu berbesar hati dengan usaha dari pihak pemaju kerana dapat menjayakan misi kerajaan negeri bagi mencapai sasaran tersebut iaitu memastikan hasrat kerajaan negeri tercapai dalam tempoh lima tahun melalui projek yang akan kita lancarkan pada hari ini.

“Kerajaan negeri juga membuka pintu seluas-luasnya kepada pihak pemaju swasta untuk membantu dalam menzahirkan impian rakyat, khususnya dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana, atau B40 untuk memiliki rumah pertama.

“Kita menyedari dan sentiasa prihatin terhadap keluhan dan rintihan rakyat mengenai penawaran rumah dalam pasaran yang jauh daripada jangkauan mereka disamping isu ketidakseragaman di antara permintaan dan penawaran rumah kos rendah dan mampu milik,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");