Berita Hari Ini

Pencemaran Gas: Dua Sekolah Diarah Kosong Semula

PASIR GUDANG- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor mengarahkan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih dikosongkan semula 11.58 pagi tadi.

Ia berikutan pengurusan kedua-dua sekolah membuat panggilan kecemasan kerana mendakwa terdapat murid dan pelajar sesak nafas disyaki terbau sesuatu tidak menyenangkan.

Ketua Unit Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) Johor, Saiful Bahri Safar berkata, pihaknya kini melakukan pemeriksaan dan mengumpul maklumat serta mengarahkan semua yang terjejas mendapatkan rawatan.

“Selepas ini, kita akan terus membuat pemeriksaan bagi mengenal pasti punca bau yang didakwa.

“Ini kerana bacaan kualiti udara yang dibuat setakat ini pada tahap normal,” katanya yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau kepada wartawan HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");