Tegasnya, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan agar cuti akibat bencana sisa kimia di Pasir Gudang perlu diganti.

“Dalam sidang akhbar berkenaan,  saya menjawab, kita akan maklumkan kemudian melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), mereka akan membuat pemakluman kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang dan kepada sekolah-sekolah.

“Sehubungan itu, saya memohon pihak Berita Harian untuk lebih berhati-hati supaya ia tidak mengelirukan mereka yang terkesan dengan bencana ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurur Maszlee, pemaklumkan mengenai status cuti berkenaan perlu diganti atau tidak akan diputuskan melalui JPN Johor dan PPD Pasir Gudang.

Terdahulu, portal berita itu semalam melaporkan, Maszlee berkata cuti persekolahan sempena penutupan sementara 111 sekolah di Pasir Gudang akibat pencemaran sisa kimia berbahaya di Sungai Kim Kim perlu diganti.

Beliau berkata penggantian cuti berkenaan perlu dilakukan bagi menghabiskan sukatan atau silibus pembelajaran pelajar yang terjejas.

Katanya, walaupun cuti disebabkan pencemaran gas beracun dan ianya satu bencana, penggantian kelas perlu dilakukan. – K! ONLINE