Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, seramai 153 pegawai dan anggota JBPM daripada seluruh negara terlibat termasuklah 70 individu yang merupakan pakar daripada unit Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat).

“Saya ingin ucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pihak terlibat sama ada agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan sukarelawan yang sama-sama membantu dalam operasi pencemaran di Sungai Kim Kim ini.

“Khususnya kepada anggota bomba kerana mereka memainkan peranan penting dalam operasi ini sejak awal lagi, saya bangga dengan mereka,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini hari ini.

Zuraida berkata, pihaknya mengadakan mesyuarat penyelarasan diantara KPT, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan semua agensi terlibat bagi memastikan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas kilang-kilang kawasan sekitar agar perkara sama tidak berulang. -K! ONLINE