Perak Hari Ini

Pengguna Lebih Mudah Dan Selesa Di Terminal Aman Jaya

IPOH- Isu berkaitan stesyen bas hangat diperkatakan baru-baru ini berikutan, pihak pengurusan terminal bas telah memberi arahan dengan meminta agar agen jualan mengosongkan kaunter di Terminal Aman Jaya sebelum 8 Mac ini.

Sehubungan itu, pagi tadi kru Perak Today berkesempatan mengadakan tinjauan di Terminal Bas Amanjaya bagi mendapatkan pandangan daripada pengguna serta peniaga di sana.

Rata-ratanya, Pelaksanaan Sistem Tiket Berpusat (CTS) yang beroperasi di Terminal Bas Amanjaya, Meru Raya mendapat sokongan baik daripada para pengguna.

Menurut Vivekka Puvaneswaran yang merupakan seorang pelajar, katanya sistem pembelian sebegini agak mudah kerana tiket bas bukan sahaja dapat dibeli melalui kaunter, malahan boleh dibeli melalui atas talian.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai kebarangkalian berlakunya pertukaran lokasi, hal tersebut bakal mengundang masalah kepada pengguna sepertinya kerana ramai yang sudah biasa dengan terminal tersebut khususnya pengguna yang datang dari pelbagai tempat.

Selain itu, pengusaha yang berniaga di kawasan tersebut turut mengulas, beliau turut bersetuju dengan perlaksanaan CTS yang mana bakal mengurangkan permasalahan di antara penumpang dengan agen tiket.

Namun begitu, beliau berasa simpati terhadap nasib kakitangan pekerja di 43 kaunter jualan tiket bas ekspres di Terminal Bas Amanjaya yang bakal kehilangan punca rezeki.

Pengusaha tiket bas turut malahirkan rasa sedih kerana bakal kehilagan punca rezeki dan ada diantara mereka yang menjadikan pekerjaan itu sebagai pekerjaan tetap sejak 40 tahun yang lalu.

Tambah pengusaha tersebut, pengguna juga bakal berhadapan dengan harta tiket yang lebih mahal malahan tidak akan ada lagi budi bicara daripada pihak agen tiket terutamanya kepada pelajar sekolah yang menghadapi masalah.

Dalam perkembangan yang sama, kru kami turut mendapatkan pendangan daripada pengusaha di Kompleks Silveritage, Medan Gopeng mengenai permohonan Pengusaha Bas Ekspres untuk membuka kaunter di kawasan tersebut.

Menurut Zainol salah seorang pengusaha di sini berkata, kawasan tersebut tidak sesuai bagi laluan kenderaan berat terutamnya bas kerana akan memberi impak yang buruk terhadap keadaan jalan tambahan pula kawasannya yang sempit dan laluan sehala yang telah dilaksanakan.

Namun begitu katanya, aktiviti penjualan tiket boleh dilakukan di kawasan tersebut tetapi Terminal Bas Amanjaya tetap perlu dijadikan kawasan utama pergerakan bas mengambil dan menurunkan penumpang.

Pengusaha lain, Zarullia dan Rajarao bersetuju agar kawasan tersebut dijadikan tempat penjualan tiket dimana bakal memberi kepentingan kepada peniaga di sana bagi menggalakkan lagi sambutan orang ramai yang dilihat kian menyepi disamping penyedian tempat yang sangat kondusif kepada para pengusaha.

Dalam pada itu Rajarao turut memberi cadangan jika pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) tidak mahu memindahkan kesemua bas dari Terminal Amanjaya ke sana, saranan beliau supaya kawasan tersebut dapat dijadikan tempat menurun dan mengambil penumpang sahaja terutamanya dari arah selatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");