Perak Hari Ini

Pengusaha Bas Ekspres Gesa Bantuan Dari Kerajaan Negeri

IPOH- Pengusaha bas ekspres menggesa agar kerajaan negeri memandang permasalah yang mereka hadapi bagi mendapatkan kelulusan membuka kaunter serta dapat menurun dan mengambil penumpang di Kompleks Silveritage Galleria Medan Gopeng.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Agen Jualan Tiket Bas Ekspres Terminal Amanjaya, Mohd Tarmizi Mohd Yusuf berkata, tiada sebarang masalah untuk mendapat kelulusan kerana di Kuala Lumpur sahaja terdapat empat buah terminal bas yang beroperasi dan hanya satu sahaja yang menggunakan Sistem Tiket Berpusat (CTS) dan selebihnya masih menggunakan sistem agen tiket.

“Bagi merungkai masalah ini, pihak kami telah membuat satu penyelesaian dengan membuka Terminal Bas Ekspres Selatan di Kompleks Silveritage, Medan Gopeng yang lihat sebagai menang dan menang antara kedua belah pihak.

“Pihak kami meminta agar kerajaan negeri dan jabatan yang berkenaan untuk mendengar permasalahan dan rintihan daripada pihak kami serta 200 buah keluarga yang akan hilang punca pencarian,” katanya dalam satu sidang media di Padang Polo di sini hari ini.

Menurut beliau, selepas sidang media pertama yang lalu, tiada sebarang bantuan dari mana-mana pihak yang mereka terima.

“Sehingga kini juga tiada sebarang maklumbalas daripada pejabat Menteri Besar dan kami masih tidak mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan negeri.

“Kami yang dulunya beroperasi di Medan Kid kemudian diarah untuk berpindah ke Medan Gopeng, dan kemudian diarah lagi untuk ke Terminal Bas Amanjaya tetapi akhirnya kami dihalau sebegini,” katanya.

Tambah beliau, pihak terminal juga tidak membuat sebarang perjumpaan bagi mengadakan perbincangan dan memaklumkan hal berkenaan, malahan mereka hanya menerima notis sebulan untuk mengosongkan kaunter tiket berkenaan.

Tarmizi berkata, jika tiada sebarang tindakan dari kerajaan negeri, wakil setiap pengerusi Pertubuhan Kebajikan Agen Jualan Tiket Bas Ekspres dari seluruh Malaysia yang teraniaya akan ke Putrajaya bagi mneyelesaikan masalah tersebut.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Bahagian PPBM Tambun, Jaafar Uthman berkata, kerajaan perlu memperhalusi undang-undang kerana pihak pengusahan bas ini cuma mahu mendapatkan kelulusan menurunkan dan mengambil penumpang di Medan Gopeng bertujuan untuk mengelakkan pihak mereka dari disaman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");