Perak Hari Ini

Penjawat Awam Sedia Ada Tidak Akan Diberhentikan – JPA

IPOH – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan bahawa kawalan saiz perkhidmatan awam bagi tempoh tiga tahun mulai tahun ini sehingga 2021 tidak akan melibatkan pemberhentian kakitangan kerajaan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Borhan Dollah berkata, ia hanya melibatkan jawatan yang tidak diisi ataupun perjawatan yang melebihi tempoh dua tahun.

“Pelaksanaan kaedah kawalan saiz perkhidmatan awam adalah melalui penswastaan, penyusunan semula perjawatan, serah urus fungsi, penyampaian perkhidmatan alternatif, automasi dan pengisian jawatan secara berhemah mengikut keperluan.

“Pelaksanaan tersebut tidak memberi implikasi pengisian jawatan bagi sektor kritikal seperti kesihatan, pendidikan dan keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, selain daripada itu proses penggantian pegawai yang berpencen masih diteruskan.

Tambahnya, kawalan saiz perkhidmatan awam dilaksanakan bagi memastikan sumber manusia dapat dioptimumkan.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata langkah pengurangan bilangan penjawat awam masih dalam peringkat penelitian.

Namun katanya, kerajaan akan memastikan kakitangan awam yang terlibat tidak kehilangan pekerjaan dan boleh berpindah ke sektor swasta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");