Berita Hari Ini

Penutup Muka Sukar Diperoleh

PASIR GUDANG: Bekalan penutup muka khas untuk pencemaran udara iaitu N95 dan R95 sekitar kawasan ini didapati tidak mencukupi dan sukar diperoleh sejak tiga hari lalu susulan permintaan tinggi.

Ahli farmasi, Zahirul Faiza Zakaria, 45, berkata orang ramai dikesan mula mendapatkan bekalan penutup muka itu dari premisnya di Taman Bukit Dahlia, di sini sejak tiga hari lalu.

Katanya, ia menyebabkan penutup muka iaitu N95 dan R95 mengalami masalah bekalan.

“Semalam saja kami jual 100 kotak penutup muka dalam tempoh tidak sampai tiga jam dan buat masa ini, penutup muka N95 dan R95 tiada bekalan.

“Orang ramai disaran mengambil vitamin tambahan bagi menguatkan imunisasi dan membuang toksik dalam badan,” katanya ketika ditemui, hari ini, lapor BH Online.

Pencemaran bahan kimia beracun yang dikesan di Sungai Kim Kim di Taman Pasir Putih di sini, Khamis lalu semakin merebak sehingga menjejaskan kehidupan penduduk yang berada dalam radius 15 kilometer dari lokasi punca bencana.

Sehingga malam tadi, lebih 500 orang penduduk terutama pelajar menerima rawatan di hospital, termasuk sembilan orang yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kejadian menyebabkan Kementerian Pendidikan mengarahkan penutupan semua 111 sekolah yang berada di kawasan Pasir Gudang kerana pencemaran bahan kimia itu mencetuskan situasi bahaya kepada kanak-kanak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");