Perak Hari Ini

Perak Komited Tingkatkan Pengetahuan Digital Rakyat

IPOH- Kerajaan negeri terus komited untuk meningkatkan perkembangan kearah kehidupan digital dalam kalangan masyarakat bandar dan luar bandar khususnya.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia & NGO Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim hari ini telah melancarkan tiga inisiatif yang akan merancakkan lagi usaha kerajaan negeri mencapai Aspirasi Digital Perak.

Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim

“Daripada hasil perbincangan hari ini, kita telah melancarkan Kursus ICT Rakyat bagi meningkatkan perkembangan ICT dalam kalangan rakyat di bandar mahupun di luar bandar dengan kerjasama KPerak Implemention and Coordination Corporation (KPerak).

“Bayaran kursus yang dikenakan serendah RM10.60 untuk setiap sesi, malahan terdapat pelbagai lagi kursus yang ditawarkan seperti Facebook & Instagram Untuk Saya, Vlog Dengan Merakam Video, Fotografi di Hujung Jari, Mengedit Gambar Dengan Satu Klik, Video Editing Filmora, danSyoknya Online Shopping!,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa pelancaran Portal Perak Digital, Kursus ICT Rakyat dan SistemPermohonan Dana NGO di Bangunan Perak darul Ridzuan di sini hari ini.

Selain itu katanya, kerajaan negeri mengharapkan agar program yang dijalankan dengan kerjasama KPerak bersama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini mendapat sambutan yang menggalakkan oleh rakyat di negeri Perak khususnya.

Dalam pada itu katanya lagi, penyediaan kemudahan ini adalah tanggungjawab kerajaan negeri dimana ingin menggalakkan satu budaya digital kepada masyarakat sama seperti penduduk di bandar yang mengamalkan gaya hidup yang serba canggih.

“Pelancaran portal Perak Digital merupakan portal atas talian kerajaan negeri kepada agensi kerajaan serta masyarakat yang merupakan penambahbaikan daripada Portal Gerbang Mesra Rakyat Negeri Perak (GMR) yang menggunakan konsep “Single Sing-On” (SSO).

“Kerajaan negeri juga ingin menggalakkan agensi NGO bagi mendekatkan diri serta memahami masyarakat dimana mereka harus memainkan peranan dalam mambantu masyarakat dalam hal berkaitan.

“Pemohonan Dana atas talian kepada NGO telah dilancarkan berkuatkuasa mulai 1 April yang bakal memudahkan kerajaan mengawalselia serta mewujudkan satu pangkalan data NGO dan semakan status pertubuhan sukarela dan bukan kerajaan yang terkini di negeri Perak,” katanya.

Dalam pada itu tambah beliau, Negeri Perak adalah negeri terawal yang bakal menyediakan perkhidmatan 5G, maka akan lebih banyak menara internet yang bakal dibina dimana jarak anggaran adalah dari 300 hingga 500 meter.

“Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa, menara ini tidak akan memberikan tindakan radiasi kepada masyarakat,” katany

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");