Perak Hari Ini

Perak Sambut Baik Usaha Kurangkan Penjawat Awam

IPOH- Kerajaan Perak menyambut baik saranan kerajaan persekutuan untuk memperkecilkan saiz perkhidmatan awam, dan dalam masa sama berpuas hati dengan peruntukan pembayaran gaji penjawat awam sedia ada.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ada menyebut mengenai penjawat awam yang diambil di atas tiket politik terutamanya mereka yang bergiat aktif dalam politik dan memasuki jabatan-jabatan perkhidmatan awam yang tertentu.

“Kerajaan negeri melihat perkara ini sebagai sesuatu keperluan yang tidak mendesak bagi menggajikan ahli politik secara sepenuh masa kerana ianya akan memberikan beban yang tinggi keatas belanjawana negara,” katanya dalam satu sidang media selepas menyaksikan satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Tourism Perak dengan Perak Transit Berhad di Bangunan Perak darul Ridzaun, di sini hari ini.

Beliau mengulas demikian ekoran daripada cadangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mengecilkan saiz perkhidmatan awam di negara ini kerana bakal berlaku peningkatan perbelanjaan mengurus kerajaan sekali gus telah mengecilkan peruntukan perbelanjaan pembangunan negara.

Tambah beliau, cadangan Tun M untuk mengecilkan saiz perkhidmatan awam merupakan saranan bagi jangka masa panjang kepada kerajaan persekutuan.

“Jika dilihat, perkara ini boleh mengganggu belanjawan negara kita kerana wang tersebut sepatutnya dapat menyediakan perkhimatan yang lebih baik kepada rakyat bukannya menggajikan pemain-pemain politik.

Selain itu katanya lagi, kerajaan persekutuan juga cuba untuk membawa negara ke landasan yang lebih baik demi kepentingan rakyat dan bukannya untuk menidakkan kehendak rakyat yang ingin memberi perkhidmatan dalam jabatan kerajaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");