Perak Hari Ini

Perak Tawar Ganjaran Menarik Kepada Penulis Kandungan Yang Terpilih

IPOH- Kerajaan negeri telah melancarkan laman web rasmi Tourism Perak dan menawarkan ganjaran menarik kepada ‘sosial influencers’ yang berminat dalam menyertai projek penulisan kandungan mengenai negeri Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tan Kar Hing berkata negeri Perak mempunyai potensi yang besar kerana sedang rancak membangun ditambah pula usaha dari kerajaan negeri dalam merealisasikan perubahan ini melalui pendekatan sebegini.

“Apa yang menarik, 10 peserta yang terpilih dapat mengikuti lawatan ke beberapa tempat terpilih dalam negeri Perak bersama dengan VVIP secara berkala dalam usaha untuk menghasilkan pengisian artikel, gambar, dan video yang lebih menarik.

“Syarat kelayakan bagi ‘sosial influencers’ yang terpilih adalah mempunyai kepakaran dalam penulisan kandungan dan mempunyai lebih daripada 50,000 peminat atau pengikut dimana-mana sosial media,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Zuraida Md Talib.

Selain itu katanya, melalui laman web tourismperakmalaysia.com (Smart Tourism) yang dilancarkan pada awal Mac lalu, peranan utama pelancaran adalah sebagai one-stop-center bagi segala maklumat pelancongan di negeri Perak.

“Terdapat beberapa penekanan dalam laman web tersebut, contohnya The Nipah Experience with Ketupat Weaving, Gua Kandu, White Water Rafting dan waterfall abseiling, Gurdwara Sahib Police Ipoh Tour & Turban Workshop, Silambam Indian Martial Arts, The Making of Lion/Dragon dances head costumes dan Pos Piah Cultural experiences.

“Pelancongan merupakan satu pembangunan tarikan destinasi, malahan dengan adanya produk pelancongan yang ditawarkan oleh komuniti setempat, pelancong dapat melihat nilai tambah ini disamping kita juga dapat memperkenalkan identiti negeri melalui komuniiti setempat dari segi nilai lokaliti, sejarah, budaya dan persekitaran,” katanya.

Tambah beliau lagi, pada April akan datang, program POP Bazaar iaitu bazaar seni malam bakal berlangsung dua minggu sekali pada setiap bulan yang pada kali pertama terletak di Taman Kanak-Kanak Ipoh (TKK) dan pada minggu ketiga terletak di Medan Selera Dato Sagor, Ipoh bertujuan mempelbagaikan penganjuran aktiviti pelancongan dan kesenian di negeri ini.

Bagi mereka yang berminat dalam menyertai projek ‘content writing pool’ mereka boleh memuatnaikkan artikel, gambar, video ke laman web tourism Perak seperti di bawah. Tarikh tutup penyertaan projek adalah pada 12hb April 2019.

http://www.tourismperakmalaysia.com/content/Ev/content-community

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");