Perak Hari Ini

Peralihan Kuasa Di Perak: PAS, UMNO Saja Cari Isu Geli-geli

Khabar angin kononnya bakal ada peralihan kuasa di Perak hari ini bertiup lagi.

Setakat ini di Perak, UMNO mempunyai 25 kerusi dalam DUN, Pas tiga manakala PH 31 kerusi setelah dua bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyokong Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Menteri Besar.

Makna kata untuk berlakunya peralihan kuasa, dua wakil bebas akan melompat ke BN semula. Sejauh mana kebenaran ini?

Setakat ini, belum ada lagi dengar Datuk Zainol Fadzi dan Datuk Nolee Ashilin nak masuk BN semula. Dan kedua-dua adun ni masih lagi bebas dan menyokong kepimpinan PH di Perak. Malah, kedua-duanya menghadiri mesyuarat bersama kepimpinan PH Perak macam biasa je. Macam mana pula ada isu peralihan kuasa lagi?

Sebelum ini, isu peralihan kuasa banyak dipetik oleh Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad. Malah ada yang menyatakan akan ada undi tidak percaya terhadap Ahmad Faizal pada sidang dun lepas.

Tetapi sehingga kini masih belum ada apa-apa berlaku, dan sekarang timbul semula spekulasi ini.

Rasanya, untuk tahap ini spekulasi peralihan kuasa bukan lagi permainan UMNO semata-mata. Sebaliknya PAS juga sudah mula main peranan menyuntik jarum.

Maklumlah, ‘deal’ awal sebelum kerajaan PH Perak terbentuk, adalah salah seorang Adun PAS sudah memasang angan-angan untuk menjadi MB.

Kononnya, PAS ingat mereka adalah ‘King Maker’. Akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Dek kerana tamak dan gila kan jawatan. Apa pun PAS tak dapat.

Bagaimanapun, PAS nampaknya masih berusaha keras nak menjadi pucuk kepimpinan tertinggi Perak. Walaupun hanya 3 kerat je yang menang kerusi DUN.

Tinggi betul angan-angan PAS, diorang ingat dengan hanya 3 kerusi itu nak jadi MB dan buat kerajaan baru di Perak. Agak-agak UMNO nak bagi ke MB dikalangan adun PAS kalau berjaya pun.

Cukup-cukuplah cubaan jahat tu. Nak buat isu geli-geli pun, cari lah spekulasi lain.

MB Peja pun dah maklumkan, sehingga tengah hari tadi, tiada sebarang panggilan dari pihak istana yang menyatakan peralihan kepimpinan negeri.

Berita peralihan kuasa tu hanyalah khabar angin yang dah bertiup buat kali ke berapa entah nye. Dari menularkan khabar angin, adalah lebih baik buat kerja untuk rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");