Perak Hari Ini

Persembahan The Bos Gaurus Kurang Memuaskan

IPOH- Pafa menyifatkan persembahan skuad The Bos Gaurus (TBG) pada perlawanan lalu kurang memuaskan.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, setakat ini beliau masih belum berpuas hati dengan persembahan yang telah ditonjolkan.

“Sebelum ini kita cuma memperoleh satu kemenangan sahaja dan kita dapati serangan masih lagi tumpul,” katanya.



Sehubungan itu, beliau mengambil inisiatif untuk melihat sendiri dan bersama-sama para pemain bagi menaikkan lagi semangat para pemain supaya berlatih dengan lebih bersungguh-sungguh serta dapat memastikan skuad TBG boleh memberikan banyak kemenangan.

Ahmad Faizal turut menyeru agar para penyokong untuk terus menyokong skuad TBG.

“InshaAllah skuad seladang akan terus berlatih bersungguh-sungguh dan tampilkan permainan lebih baik,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");