Sukan Hari Ini

Petronas Taja LTdL 2019-2021

LANGKAW – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) sah menyertai keluarga Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 secara rasmi sebagai penaja utama eksklusif untuk tempoh tiga tahun bermula dengan perlumbaan edisi kali ini yang akan berlangsung pada 6 hingga 13 April.

Menurut Utusan Online, pengumuman tersebut dibuat dalam satu majlis penajaan yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di sini, hari ini.

Perlumbaan lapan peringkat yang meliputi jarak keseluruhan 1,234.4km dan menyusuri laluan di sembilan negeri di Pantai Barat Semenanjung, akan bermula secara rasmi di perkarangan Menara Berkembar Petronas (KLCC), Kuala Lumpur dan berakhir di Pulau Langkawi.

Petronas, yang merupakan antara rakan penaja tradisi LTdL paling lama sejak 1997, banyak menyumbang kepada kejayaan LTdL menerusi penajaan dalam berbentuk tunai dan barangan.

Penyertaan Petronas pastinya akan menyuntik semangat baru bukan saja buat penganjur, tetapi juga dapat membantu pembangunan sukan berbasikal di negara ini selain menjadi pengibar bendera negara di pentas antarabangsa yang kini melangkaui sukan pemotoran.

Penyertaan Petronas dalam perlumbaan jelajah ini turut penting dengan pengunaan bahan api untuk kenderaan pasukan, pelumba, pegawai, pihak media, cavalcade, skuad pengiring Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keseluruhan konvoi berjalan lancar sepanjang tempoh lapan hari saingan.

Dalam pada itu, Syed Saddiq merakam penghargaan tinggi kepada Petronas di atas kesediaan menjadi penaja dan menekankan mengenai sumbangan besar syarikat itu dalam menjadikan LTdL begitu gah di peringkat antarabangsa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");