Panasnya Hari Ini

Polis Digesa Siasat Razlan Ciap: ‘Elok Tembak Puak-puak DAP ni’

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman menggesa pihak polis menyiasat bekas ketua pemuda Umno Razlan Rafii berkenaan ciapannya di Twitter.

“Mohon PDRM siasat. Tidak melambangkan seorang pemimpin Umno.

“Perbezaan pendapat itu biasa, jangan sampai keterlaluan,” kata MP Muar.

Syed Saddiq

?@SyedSaddiq

Mohon PDRM siasat.
Tidak melambangkan seorang pemimpin UMNO.

Perbezaan pendapat itu biasa, jangan sampai keterlaluan.

Razlan@razlanrafii

.. elok tembak puak2 DAP ni !!! https://twitter.com/drasyrafwajdi/status/1106527932309221376 

224 people are talking about this

Bekas ketua pemuda Umno Razlan Rafii menuntut supaya “puak-puak DAP” ditembak susulan kenyataan Adun Mengkibol Chew Chong Sin mengenai serangan pengganas di Christchurch, New Zealand semalam.

“Elok tembak puak-puak DAP ni,” ciapnya di Twitter semalam sebagai memberi maklum balas terhadap bidasan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki kepada Chew.

Sekadar sindiran, kecaman

Semalam, Chew berkata pembunuhan beramai-ramai di New Zealand yang mengorbankan 49 nyawa itu perlu menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia mengenai perlunya mengekang ekstremisme, memetik contoh kerjasama Umno-PAS dan naratif mereka.

Chew kemudiannya menarik balik kenyataannya, berkata ia telah membawa kepada salah faham.

DAP juga telah memberi amaran keras terhadapnya kerana membuat kenyataan itu.

Ketika dihubungi, Razlan mempertahan hantarannya di Twitter berkata ciapan yang dibuatnya itu bukan ancaman tetapi sekadar “sindiran”.

“Ramai masih tidak faham pakai Twitter, saya hanya memberi komen berkenaan Adun DAP yang amat kurang ajar terhadap kejadian di Christchurch.

“Dan memang sepanjang bulan ini, DAP terus menerus mengeluarkan kenyataan membenci terhadap elekmen yang mengaitkan orang Islam.

“Mereka tuduh kita Taliban dan macam-macam, sehingga Lim Guan Eng nak membayangkan perang dengan elemen yang berkaitan dengan Islam.

“Jadi, perkara asas di sini adalah kecaman harus diberi kepada Adun DAP,” katanya.

Razlan memetik kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan timbalannya Nga Kor Ming sebagai contoh.

Pada 6 Mac lalu, Lim mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Cina menggesa MCA segera meninggalkan BN kerana Umno dan PAS kini “mengisytiharkan perang” terhadap orang bukan Islam.

Beliau kemudian membuat pindaan beberapa jam kemudian, menggantikan ungkapan “mengisytiharkan perang” dengan “menyasarkan.”

Sementara itu, ketika berceramah di Taiping minggu lalu, Nga berkata Malaysia berisiko menjadi seperti Afghanistan di bawah pemerintahan Taliban dengan wujudnya kesatuan Umno-PAS.

“Jadi pokok persoalannya (Chew) perlu ditegur,” kata Razlan.

Razlan@razlanrafii

.. elok tembak puak2 DAP ni !!!

Dr Asyraf Wajdi@drasyrafwajdi

MAKIN MELAMPAU PEMIMPIN DAP APABILA MENGAITKAN INSIDEN CHRISTCHURCH DENGAN UMNO-PAS

Makin kurang ajar dan melampau pimpinan DAP ni. Selepas Lim Gun Eng dan Nga Kor Ming… https://www.instagram.com/drasyrafwajdi/p/BvB0gRoBFCn/?utm_source=ig_twitter_share&igshid=1n2m0i8mleeo9 

74 people are talking about this

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");