Perak Hari Ini

Polis Perak Anjur Program Dekatkan Diri Dengan Kanak-kanak

IPOH: Dalam usaha mendekatkan lagi dengan masyarakat di semua peringkat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak mengadakan program bersama kanak-kanak di Tadika Big Apple Taman Istana, di sini, hari ini.

Program yang diberi nama “Tunas Harapan Permata Negara” itu juga diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Polis yang ke-212.

Ketua Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Inspektor Muhammad Afiq Abd Majid berkata program tersebut bertujuan memperkenalkan tugas-tugas polis dengan lebih dekat menerusi pendekatan menarik kepada kanak-kanak.

Katanya ia juga bertujuan membuang stigma segelintir kanak-kanak yang takut kepada anggota polis.

“Jika sebelum ini jika di tadika-tadika apabila kanak-kanak ini nampak sahaja anggota polis mereka akan menangis. Mungkin mereka dimomokkan oleh ibu bapa mereka.

“Sebenarnya untuk menakutkan kanak-kanak dengan polis tidak salah tetapi, harus juga menerangkan tentang kesalahan jenayah kepada mereka. Dan itu yang kita hendak lakukan ini.

“Kita di peringkat Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) ini diberi peranan untuk menerangkan kepada kanak-kanak ini apa sebenarnya tugas polis,” katanya.

Menurutnya, program tersebut merupakan penganjuran Tunas Harapan Permata Negara yang julung kali diadakan secara besar-besaran di Perak.

Jelasnya antara pengisiannya ialah taklimat keselamatan, demonstrasi pencegahan jenayah, persembahan badut, pertandingan mewarna, acara beramah-mesra dengan 15 anggota polis yang hadir serta pendaftaran aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) kepada guru dan ibu bapa.

“Dari segi pencegahan di peringkat awal, kita akan ceritakan apa itu kesalahan jenayah dan bagaimana tingkah laku penjenayah. Program hari ini memang tertumpu untuk beri kesedaran kepada mereka.

“Sebagai contoh kebanyakan kanak-kanak masih tidak tahu bagaimana untuk bertindak dan mengelakkan diri daripada diculik orang yang tidak dikenali,” katanya.

Tambahnya lagi, kesemua 100 kanak-kanak yang berumur 2 ke 5 tahun di tadika itu juga akan diberi peluang merasi menaiki empat kereta peronda polis dan tiga motosikal peronda yang ada.

Katanya program turut diserati wakil-wakil daripada Pertubuhan Anti Jenayah Bersatu Perak, dan Persatuan Kepolisan Komuniti daripada kawasan Menglembu dan Bercham.

Terdahulu beliau yang mewakili Ketua JPJKK negeri, Senior Asisten Komisioner Mohamad Laham ditemui pemberita pada program “Tunas Harapan Permata Negara” di Tadiak Big Apple Taman Istana, di sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");