Jenayah

Polis Tahan Lelaki Disyaki Muat Naik Komen Jelik Terhadap Hindu

KUALA LUMPUR: Polis menahan pemilik akaun Facebook ‘Zamri Bin Abd Razak’ kerana memuat naik komen jelik terhadap agama Hindu, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata suspek berusia 52 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Beliau berkata, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada 12 Mac (hari ini),” katanya, sebagaimana dilaporkan BH Online, hari ini.

Mohamad Fuzi mengingatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan memuat naik ataupun berkongsi kenyataan berbentuk provokasi yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum di negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");