Panasnya Hari Ini

Polis Terima 12 Laporan Kes Kekecohan Program Najib

KUALA LUMPUR: Polis sudah menerima 12 laporan polis berhubung insiden kekecohan membabitkan sekumpulan penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) dengan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sebuah perhentian bas berhampiran sebuah restoran di Pantai Baharu, di sini, semalam

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dalam satu kenyataan, hari ini memaklumkan pihak polis juga sudah merakam keterangan 10 orang saksi bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

“Insiden bermula kira-kira jam 3.45 petang apabila tujuh penuntut sebuah IPTA mengadakan protes senyap (silent protes) di perhentian bas di situ dengan memegang poster sebelum berlaku provokasi yang mengundang salah faham dikalangan penyokong bekas Perdana Menteri itu.

“Akibatnya, berlaku insiden tolak menolak dan tarik menarik poster yang dipegang oleh penuntut terbabit.“Polis yang menerima maklumat insiden berkenaan hadir di lokasi dan berjaya mengawal keadaan dan menyelamatkan kumpulan penuntut berkenaan dengan membawa mereka keluar dari lokasi kekecohan,” katanya.

Ini kerana katanya untuk mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku kerana ketika itu mereka dikerumuni penyokong Najib.

“Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Pantai untuk dirakam percakapan sebagai saksi serta membuat laporan polis.

“Susulan kejadian itu, kita nasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan diingatkan untuk mematuhi undang-undang yang ada.

“Segala apa bentuk perhimpunan hendaklah mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012,” kata Mazlan dan memaklumkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan iaitu menimbulkan kekecohan.

Menurut beliau, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi segala bentuk undang-undang.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Mohd Firdaus Sharil di talian 012-3388164 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Aaron Anthony Doss di talian 014-9018596 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Ketika kejadian berlaku, Najib berada dalam program sembang santai bersama kira-kira 30 penuntut IPTA yang diadakan di sebuah restoran berhampiran lapor BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");