Perak Hari Ini

Politeknik Dan Kolej Komuniti Kembangkan Bidang TVET Di Peringkat Asia Tenggara

IPOH- Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia mengembangkan bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan Menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMEO).

Pengarah Sekretariat SEAMEO, Dr Gatot Hari Priowirjanto berkata, program ini dilaksanakan kepada pelajar khusunya di politeknik serta kolej komuniti di Asia Tenggara.

“Kami cuba untuk mendorong pelajar untuk mengikuti mobiliti di Asia Tenggara dalam penyediaan generasi untuk masa depan disamping mempersiapkan segala kemudahan mobiliti pelajar seluruh industri di Asia.

”Program yang dijalankan adalah selama satu bulan, tiga bulan dan enam bulan, pada masa yang sama kami berharap dapat meningkatkan bilangan pelajar selama enam bulan dan satu tahun,” katanya dalam satu sidang media semasa majlis The 5th SEAMEO Polytechic Networking Meeting di Hotel Excelsior di sini, hari ini.

Turut Hadir, Timbalan Pengarah Akademik PUO, Muhammad Zubir Mohd Hanifah.

Buat julung kalinya Ipoh, Perak dipilih sebagai lokasi untuk Mesyuarat Rangkaian Politeknik SEAMEO ke-5 yang dihadiri oleh 200 orang perserta terdiri daripada lebih 100 wakil antarabangsa TVET, politeknik, universiti, kolej daripada Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Mesyuarat Rangkaian Politeknik SEAMEO telah dilancarkan pada April 2016 oleh Pertubuhan Pendidikan Menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMEO) yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama pengantrabangsaan di antara politeknik and institusi TVET melalui program penempatan lathan industri pelajar di pelbagai negera Asia.

Selain itu kata Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan dan Politeknik dan Pendidikan Kolaj Komuniti, Dr Mohammad Naim Yaakub, pihak jabatan telahpun melaksanakan program ini pada tahun- tahun lalu yang telah mencapai kumpulan keempat.

“Harapan kami bagi kumpulan kali ini adalah dapat mengatasi bilangan terdahulu, dan dapat mnecari cara bagi memanjangkan tempoh penempatan pelajar di industri luar negara kerana yang diaplikasikan terhad bagi tempoh sebulan sahaja.

“Perjanjian dan perbincangan antara kedua belah pihak akan dilakukan bagi memanjangkan tempoh yang sedia ada kerana kini tempoh pembelajaran bagi pelajar terlalu pendek.

“Bagi memanjangkan tempoh tersebut, antara perkara yang perlu diambil berat adalah kesediaan pihak industri, kesediaan pihak institusi yang menghantar pelajar kerana buat masa ini, pengajaran dan pembelajaran dapat disesuaikan,” katanya.

Tambah beliau, impak program kepada pelajar adalah mereka dapat melihat sendiri industri serta teknologi malahan dapat berasismilasi dengan rakan-rakan di luar negera dan perkara sebegini sangat bagus kepada komuniti Asia bagi kesepakatan sejagat dalam membantu negara Asia dari segala aspek.

Dalam pada itu, tiga buah politeknik yang terlibat dan aktif secara langsung adalah Politeknik Ungku Omar(PUO), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (Politeknik Kulim) dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");