Sukan Hari Ini

Prestasi Statik

KUALA LUMPUR: Kontrak atlet berbasikal para, Mohamad Syazwan Roshdi ditamatkan berikutan prestasi semasanya didapati tidak menunjukkan peningkatan selepas Sukan Para Asean 2017.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, status dan potensi Mohamad Syazwan dalam program MSN dibincangkan ketua jurulatih, Johari Nayan bersama tiga pembantu jurulatih, Salehuddin Mohd Noh, Mohd Fitri Marzuki dan Iqbal Sokri.

“Semua jurulatih sebulat suara tidak mengekalkan dia dalam program atas sebab prestasi tidak menunjukkan peningkatan walaupun sudah diberi peluang.

“Jawatankuasa Pemilihan Atlet Para bagi Program Latihan 2019 terdiri daripada MSN, MPM (Majlis Paralimpik Malaysia, PKBM (Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia) dan ISN (Institut Sukan Negara) turut membincangkan pandangan jurulatih terbabit dan menerimanya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ahmad Shapawi berkata, pihaknya sentiasa membantu atlet berada di bawah programnya untuk berada di tahap terbaik bagi menghadapi sebarang pertandingan berdasarkan perancangan latihan bersama-sama jurulatih, persatuan sukan kebangsaan dan ISN.

Menurutnya, Mohamad Syazwan adalah atlet berbasikal para kategori (C3) kecacatan fizikal dan berada di dalam program Paralimpik MSN bermula 2015 melalui program pencarian bakat yang jalankan pihaknya.

“Dia diperkenalkan dengan sukan berbasikal oleh jurulatih MSN dan dilatih sehingga menjadi pelumba berbasikal negara.

Beliau berkata, Mohamad Syazwan juga diberi peluang bertanding di Kejohanan Dunia Trek UCI Los Angelas pada Mac 2017 untuk klasifikasi kategori, selain menyertai Temasya Sukan Para Asean Kuala Lumpur 2017 dan Kejohanan ACC 2018 di Nilai.

Katanya, Jawatankuasa Pengelola Sukan Para Asean 2017 turut menganjurkan acara lebuh raya yang membabitkan kategori Syazwan hingga dia memenangi pingat emas lapor HMetro.

“Syazwan juga maklum limitasi peningkatan prestasinya dan semasa perbincangan mengenai kariernya selepas ditamatkan kontrak atlet, kami dimaklumkan dia mempunyai pekerjaan sebagai jurujual dan tidak diberitahu masalah terkandas dalam usaha mencari pekerjaan di Singapura,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");