Gambar itu menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan orang ramai kerana ia berlaku di Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan di sini semalam.

Streram yang juga Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rantau namun menafikan beliau mencium kotak berkenaan seperti yang disangka oleh orang ramai.

Menurutnya, gambar itu sebenarnya dirakam semasa beliau sedang menjalani proses penamaan calon di hadapan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Gambar ini diambil ketika pegawai SPR menyuruh saya tengok dalam kotak itu untuk saya periksa sebelum cabutan nombor calon PRK DUN Rantau dijalankan.

“Saya tidak mencium kotak itu sebaliknya diminta melihat dalam kotak itu jika berlaku kerosakan dan sebagainya,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online selepas berkempen di Rumah Rakyat Bandar Ekar dekat sini pagi ini.

Streram berkata, beliau hairan mengapa hanya gambar beliau memeriksa kotak itu ditularkan di media sosial sedangkan calon lain turut diminta berbuat demikian oleh pegawai SPR.

Justeru, beliau berpandangan pihak yang menularkan gambar itu mungkin berniat jahat untuk merosakkan reputasinya sempena PRK DUN Rantau alpor Kosmo Online.