Panasnya Hari Ini
Like

PRK Rantau: Streram Sah Calon PH

March 12, 2019
540 Views
0 Comments
2 minutes read
PRK Rantau: Streram Sah Calon PH

PETALING JAYA: Seperti yang dijangkakan, Dr S Streram sekali lagi diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau 13 April ini.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan nama calon itu berkata, pihaknya tidak terkesan dengan tekanan yang mahukan calon Melayu bertanding di kerusi itu.

“Kita sedar soal kepimpinan Melayu tapi masalah ialah kemiskinan, yang terabai mereka India yang miskin dan Cina yang tersisih.

“Hangat diperkatakan tentang calon Melayu tapi PKR tak mengikut sebab akan mempertahankan prinsip dasar keadilan semua kaum.

“Isu perkauman Melayu dan agama akan digunakan sepanjang kempen nanti tetapi 27 peratus pengundi di kawasan itu adalah kaum India dan perjuangan kita bukan berdasarkan kaum,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media khas pengumuman calon PRK Rantau di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi PKR negeri, Aminuddin Harun dan Ketua PKR Cabang Rembau R Tanggam.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, faktor pemilihan Dr Streram ialah kelulusan ademik, rekod kerja dan hak beliau bertanding dinafikan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan bahawa PKR mengekalkan calon India untuk PRK Rantau.

Dr Streram adalah calon PKR bagi kerusi DUN Rantau pada PRU lalu dan bertanggungjawab memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan PRU14 di Mahkamah Tinggi Seremban pada 23 Mei lalu.

Susulan itu, pada 16 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Seremban mengisytiharkan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan bagi kerusi itu terbatal dan tidak sah lapor HMetro.

Pada PRU14, Mohamad diumumkan menang selepas Streram gagal menghantar borang penamaan calon kerana tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan disebabkan tidak mempunyai pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Komen & Pendapat

Comments are closed.