Perak Hari Ini

PUBI Harap Kerajaan Negeri Beri Perhatian Isu Terminal Amanjaya

IPOH- Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) memberi harapan penuh supaya kerajaan negeri dapat menyelesaikan isu pengusaha bas ekspres untuk berpindah ke Kompleks Silveritage Galleria Medan Gopeng.

Pengerusinya, Sharul Baha Abd Rahman menyatakan kegusaran beliau apabila memikirkan hampir 200 keluarga akan hilang sumber pendapatan dan yang terpaksa mencari pekerjaan lain akibat dari penutupan kaunter di Terminal Amanjaya sekiranya isu ini tidak dapat diselesaikan segera oleh Kerajaan Negeri.

Dalam masa yang sama, beliau juga melihat ini adalah peluang untuk merancakkan kembali ekonomi di kawasan Medan Gopeng khususnya Silveritage yang sebelum ini kurang memberangsangkan.

“Sekiranya isu ini dapat diselesaikan dengan mengambil kira semua aspek, semua pihak akan mendapat manfaat dan secara tidak langsung memberi impak yang besar dalam meningkatkan taraf ekonomi akhirnya dapat mewujudkan situasi menang-menang antara Kerajaan Negeri dan semua lapisan masyarakat,” katanya.

Tambahan itu katanya lagi, sejak dipindahkan beberapa tahun yang lalu, pelbagai masalah timbul yang melibatkan orang awam khususnya pengguna bas ekspres, yang mana rata-ratanya mengeluh terpaksa ke Terminal Amanjaya yang agak jauh dari pusat bandar Ipoh.

Disamping itu, dengan kebenaran untuk bas menurunkan dan mengambil penumpang, sekaligus memudahkan pengguna bas ekspres di selatan bandar Ipoh dan pusat bandar terutamanya pelajar IPT dan IPTS untuk mendapatkan bas.

Katanya lagi, jika timbul alasan mengenai keadaan jalan yang sempit, hal tersebut juga terjadi di Kuala Lumpur, malahan ada beberapa hentian yang boleh beroperasi selain dari TBS.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");