Perak Hari Ini

Pusukan Hoki Negara Tidak Menghadapi Sebarang Tekanan

IPOH- Skuad hoki negara yang bakal berentap dalam Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) kali ke-28 dilihat tiada sebarang tekanan ekoran di harapkan untuk menjulang piala tersebut buat kali pertama.

Jurulatinya, Roelant Oltmans berkata, beliau lebih memberi tumpuan dalam memastikan kemajuan pasukannya sejurus untuk mencapai sasaran yang diharapkan.

“Tiada tekanan untuk mencapai kejuaraan sebaliknya melihat pasukan kita mencapai proses yang membolehkan mereka mendapat gelaran pasukan terbaik.

“Saya juga mahu pasukan hoki negera berkerja dengan konsisten kerana jika kita dapat menghasilkan permainan yang baik, kita akan menjadi pasukan yang hebat,” katanya dalam satu sidang media di Hotel Impiana di sini, hari ini.

Selain itu katanya, impak positif dari perlawanan bersama pasukan Korea terdahulu membuatkan ikatan antara pasukan menjadi bertambah baik dari pelbagai aspek.

Tambah beliau lagi, skuad Malaysian Tigers kali ini menampilkan tujuh orang pemain baru berbanding Piala dunia dalam pelawanan yang bakal bermula esok.

 

Menurut kapten pasukan pula, Fauzan Sanusi, skuadnya telahpun melakukan latihan di Kuantan selama seminggu iaitu dari segi empat tektikal dan kemahiran.

“Tiada sebarang masalah yang bakal timbul semasa perlawanan dan saya yakin akan ada permulaan yang baik dari pasukan negara.

“Bagi saya, teknik yang diajar dapat membantu dari segi penjaringan gol kerana pasukan kami dilatih hampir setiap hari,” katanya.

Selain tuan rumah Malaysia, pasukan tangga ke-21 dunia Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Poland antara yang menghangatkan penyertaan disamping pasukan India (5), Kanada (10), Korea Selatan (17) dan Jepun (18).

Untuk rekod, pasukan negara muncul naib juara sebanyak lima kali pada tahun 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");