Berita Hari Ini

‘Raja Ubat’ 7 Racun

KUALA LUMPUR: Didakwa kononnya ‘raja ubat’ kerana mampu menyembuhkan 1,001 penyakit bahaya. Namun semua itu karut semata-mata apabila ujian makmal mengesahkan produk dijual itu mengandungi tujuh racun berbeza.

Difahamkan ujian makmal kimia mendapati produk berkenaan mengandungi kimia dexamethasone, chlorpheniramine, ibuprofen, chloramphenicol, clarithromycin, tetracycline HCL dan lovastatin.

Produk didakwa herba dari Peru, Amerika Selatan itu antara lapan jenis produk dirampas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi sekitar Lembah Klang, Selasa lalu.

Rampasan dilakukan susulan produk kesihatan berkenaan didapati campuran palsu dan disyaki tidak berdaftar sebelum dirampas bersama tujuh jenama produk lain bernilai RM1.7 juta.

Difahamkan, ramai pengguna tertipu berikutan pengedar mendakwa produk berkenaan mampu menyembuhkan gout, asma, hepatitis, sifilis dan semua jenis penyakit rumit dalam tempoh kurang enam hari.

Rampasan produk itu diperoleh hasil operasi bersepadu Selasa lalu membabitkan 78 anggota Penguatkuasa Farmasi KKM.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, serbuan dilakukan terhadap 16 premis di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur susulan laporan serta maklumat diterima daripada orang awam.

Menurutnya, pemeriksaan menemui produk yang disyaki dicemar palsu antaranya membabitkan jenama Cala Huala, Cala Plus, ATC Herbs,SBC Miracle Herbs, MR, Candy B, Soloco dan Catuaba.

“Produk dirampas mengandungi racun antaranya ibuprofen, dexamethasone, clarithromycin, lovastatin, tadalafil dan pelbagai kimia bahaya lain.

“Selain itu, bahan mentah yang disyaki mengandungi sibutramine (Agen Pelangsing) dan tadalafil (bahan peransang seks) turut dirampas.

“Semua produk dan bahan mentah dirampas untuk siasatan mengikut Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952,” katanya.

Beliau berkata, bagi produk kesihatan tidak berdaftar, kes disiasat mengikut Akta Jualan Dadah 1952 yang jika sabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama bagi individu dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.

“Bagi syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

“Bagi produk kesihatan yang dicampur palsu dengan racun berjadual, kes disiasat mengikut Akta Racun 1952 dan jika sabit kesalahan, individu atau syarikat boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya,” katanya kepada HMetro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");